Buktikan anak saya jutawan ketika saya PM – Mahathir

Buktikan anak saya jutawan ketika saya PM – Mahathir

Dr Mahathir Mohamad mencabar bekas peguam negara Apandi Ali membuktikan anaknya menjadi jutawan semasa beliau perdana menteri.

Beliau mengutarakan cabaran itu selepas Apandi dilaporkan bertanya, “Dalam dunia ini, mana lagi ada seorang perdana menteri yang mana anak-anak mereka menjadi jutawan?”

Mahathir berkata, anaknya tidak dibenarkan menjalankan sebarang urusan dengan kerajaan, apatah lagi menyertai parti kerajaan, ketika beliau menjadi perdana menteri.

“Jika ada anak (saya) yang jadi jutawan, sila beri bukti akan tarikh gelaran ini diberi kepada mereka, serta bukti kejutaan mereka,” katanya dalam kenyataan.

“Jika tidak ada bukti, saya anggap kenyataan ini adalah fitnah dan saya berhak bertindak mengikut.”

Beliau menjawab empat soalan dikemukakan Apandi di Facebook bulan lalu, termasuk berkaitan kes Batu Puteh, tuntutan Sulu, dan saman berkaitan pemecatan Apandi sebagai peguam negara.

Apandi bertanya mengapa kerajaan Mahathir memilih untuk menyelesaikan saman pemecatan tidak sah terhadapnya melalui “persetujuan”, dan sama ada ini bermakna Mahathir telah bertindak secara arbitrari dan “salah dari segi tatacara atau perundangan” ketika memecatnya sebagai peguam negara.

Mahathir menjelaskan bahawa Apandi dipecat kerana Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dan seterusnya mahkamah tempatan mendapati bekas perdana menteri Najib Razak bersalah atas salah laku. Namun, katanya, Apandi memutuskan bahawa Najib “tidak membuat apa-apa kesalahan”.

“Semua ini menunjuk bahawa Apandi cuai atau sengaja mendakwa tidak ada apa-apa kesalahan yang dilaku oleh Najib supaya kesnya tidak dihadapkan ke mahkamah,” katanya.

“Perbuatan Apandi menunjuk bahawa ia tidak memegang kepada ‘rule of Law’ (kedaulatan undang-undang. (Beliau) tidak sesuai menjadi peguam negara.

“Kerajaan berhak untuk menamatkan (perkhidmatan) pegawai yang membuat keputusan yang jelas salah. Ramai sudah pegawai yang membuat salah dilucutkan daripada jawatan.”

Sementara itu, Mahathir berkata, Malaysia menarik balik tuntutan Batu Puteh bagi menghormati perjanjian terdahulu dengan Singapura.

Jika Malaysia tidak menarik balik tuntutan, “Indonesia juga boleh buat tuntutan untuk tidak menepati perjanjian yang sama berkenaan Pulau Sipadan dan Ligitan”, katanya.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan dua pulau itu milik Malaysia pada 2002.

“Janji antarabangsa oleh sebuah negara berdaulat hendaklah ditunai sebagai amanah. Jika tidak, Malaysia tidak akan dipercayai akan tunai perjanjian dengan negara lain. Malaysia akan hilang kredibiliti.

“Kesalahan bermula dengan pegawai kerajaan Johor menyatakan kepada British bahawa Batu Puteh bukan milik Johor.

“Lagipun Malaysia mendapat ‘Middle Rock’ yang boleh ditebus guna sehingga menjadi pulau besar seperti yang diperbuat dengan Pulau Layang-Layang,” katanya.

Berhubung tuntutan Sulu, Mahathir berkata, Najib patut dipersalahkan kerana “bertindak tanpa mengikuti proses” apabila menghentikan bayaran kepada waris Sulu tanpa persetujuan Jemaah Menteri mahupun peguam negara ketika itu.

“Tuntutan oleh pewaris Sultan Sulu dibuat semasa pemerintahan kerajaan BN (Barisan Nasional) bawah Najib. Kerajaan BN tidak bertindak untuk menolak kuasa perundangan mahkamah Sepanyol atau membayar balik bayaran yang telah dihentikan.” FMT

Buktikan anak saya jutawan ketika saya PM – Mahathir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini

“Sampai Hati…Bapa Saya Baru Meninggal”-Azza Elite Kena Maki Dengan DIVA Azwan Ali Gara-gara…

Syed Saddiq, Dr Rafidah Bertikam Lidah Di Twitter Pasal Isu Merokok

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker