Kes SRC: Rayuan akhir Najib kekal Ogos depan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Persekutuan Putrajaya mengekalkan tarikh untuk mendengar rayuan akhir Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, Ogos depan.

Selepas pengurusan kes (CM) rayuan menerusi aplikasi Zoom di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada Jumaat, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul berkata, mahkamah sebelum ini menetapkan prosiding diadakan selama 10 hari bermula 15 Ogos depan.

Selain Mohd Ashrof, pendakwaan turut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram manakala bekas Perdana Menteri selaku pemohon diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik, Liew Teck Huat dan Rueben Mathiavaranam.

Selain itu, peguam terdahulu Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Rahmat Hadzlan turut hadir dalam prosiding berkenaan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker