Banduan Wanita Kena Serangan Seksual Saman Penjara

Banduan Wanita Kena Serangan Seksual Saman Penjara

Di Indiana, Amerika Syarikat, seorang banduan wanita telah memfailkan saman terhadap pihak penjara selepas mendakwa seorang pengawal menjual kunci sel mereka kepada banduan lelaki yang menyerang mereka secara seksual.

Menerusi laporan Metro, seramai 28 banduan wanita mengatakan sel mereka di Penjara Clark County di Jeffersonville diceroboh sejurus selepas tengah malam pada 23 Oktober tahun lalu. Menurut banduan yang memfailkan saman, pengawal penjara, David Lowe, dipercayai memberi kunci kepada banduan lelaki terbabit dengan bayaran RM4,448.34.

Tambah banduan wanita tersebut, banduan lelaki berkenaan membuat serangan seksual sambil memakai topeng yang diperbuat daripada tuala dan selimut. Difahamkan, hampir dua jam pengawal penjara tidak campur tangan walaupun ada kamera litar tertutup di penjara.

Walaupun kejadian itu membabitkan beberapa tahanan lelaki dan berpuluh-puluh mangsa dalam tempoh yang panjang, tidak seorang pun pegawai penjara yang bertugas malam itu membantu plaintif dan mangsa lain. Kegagalan sistematik ini membolehkan ramai banduan lelaki melarikan diri dari penjara selama beberapa jam dan keganasan seksual lebih banyak berlaku.

Lebih teruk, tuntutan undang-undang mendakwa banduan lelaki telah meraba banduan wanita, mendedahkan kemaluan mereka, dan membuat kenyataan seksual serta mengancam nyawa. Dua daripada banduan wanita turut mendakwa mereka dirogol.

Pengawal mempunyai tanggungjawab mengawasi untuk memastikan banduan dilindungi dan tidak tertakluk kepada penderaan. OB

Banduan Wanita Kena Serangan Seksual Saman Penjara


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker