4 wanita mendayung dari California ke Hawaii lebih 4,000 kilometer

Keempat-empat wanita ini memulakan perjalanan dari San Francisco pada Jun lepas dan tiba di Honolulu pada pagi Selasa lalu. – Instagram/Lat35racing

HONOLULU, HAWAII – Satu pasukan pendayung wanita berjaya memecah rekod dunia apabila  mendayung sejauh lebih 2,400 batu nautika (4,444.8 kilometer) dari California ke Hawaii dalam masa 34 hari, 14 jam dan 11 minit.

Menurut agensi berita United Press International, Libby Costello, Sophia Denison-Johnston, Brooke Downes dan Adrienne Smith  yang turut dikenali sebagai kru Lat35,  memulakan perjalanan mereka dari kota raya San Francisco Jun lepas.

Mereka tiba di Honolulu pagi Selasa lalu.

Empat wanita berkenaan mencipta rekod dunia bagi masa terpantas melakukan perjalanan tersebut  untuk kategori pasukan wanita dan menamatkan  perlumbaan yang dinamakan Great Pacific Race.



“Saya mahu orang berfikir bahawa golongan wanita adalah hebat walaupun kami hanya manusia biasa. Tiada apa yang membezakan kami dengan orang lain,” kata Downes dalam program televisyen Good Morning America sejurus tiba di Hawaii.

Sepanjang perjalanan pasukan tersebut, mereka turut  berjaya mengumpul derma untuk Persatuan Kebimbangan dan Kemurungan Amerika.

Pencapaian mereka akan disenaraikan di dalam Guinness Book of World Records selepas ini. – Agensi

 


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!

Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker