Remaja didakwa subahat dengan perogol

KUALA KANGSAR – Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, di sini pada Jumaat atas dua pertuduhan bersubahat dengan empat lelaki sehingga menyebabkan rakannya yang merupakan remaja perempuan bawah umur dirogol.

Mengikut pertuduhan, remaja terbabit didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah tidak bernombor di Taman Dovenby Sungai Siput, antara jam 1 pagi hingga 2 pagi pada 14 Julai lalu.

Dia didakwa bersubahat dengan tiga lelaki iaitu Muhammad Azeem Abdul Rahman, 20, Mohamad Ariff Haikal Arapin, 21, dan seorang lelaki berusia 17 tahun dengan cara membenarkan serta menyebabkan seorang remaja berusia 15 tahun 11 bulan dirogol.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 108 kanun sama yang membawa hukuman penjara antara 10 tahun hingga 30 tahun, jika sabit kesalahan.

Selain itu, tertuduh turut didakwa bersubahat dengan seorang lelaki lain iaitu Afiq Yan Muhammad Farid Yan, 20, atas kesalahan sama di dalam bilik sebuah rumah di Jalan Felda Lasah, Kampung Pulau Mentimun, Sungai Siput, antara jam 1 pagi hingga 2 pagi pada 17 Julai lalu.

Bagi pertuduhan berkenaan, dia didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman penjara antara 10 tahun hingga 30 tahun dan dengan sebatan jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tertuduh mengaku tidak bersalah selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 untuk setiap pertuduhan di samping syarat tambahan iaitu tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan melaporkan diri di balai polis berhampiran sekali setiap sebulan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Asmaniza Muhamad manakala tertuduh diwakili peguam Navin Punj dan Mahajoth Singh.

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!

Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker