Lebih 1 juta warga China tidak keluar dari Malaysia


Lebih 1 juta warga China tidak keluar dari Malaysia

Seramai lebih 1.2 juta warga China dikesan tidak keluar dari Malaysia selepas tiba ke negara ini dalam tempoh antara 2018 hingga 2021, berdasarkan rekod keluar masuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan, rekod JIM menunjukkan ketibaan warga China ke Malaysia bagi tempoh berkenaan adalah seramai 7,177,043 orang.

Namun, jumlah warga China yang keluar dari Malaysia bagi tempoh sama hanya seramai 5,954,765 individu, iaitu kurang 1,222,278 berbanding jumlah yang masuk ke negara ini.

“Berdasarkan rekod JIM, ketibaan warga China ke Malaysia bagi tempoh 2018 hingga 2021 seramai 7,177,043 orang.

“Sementara, pelepasan warga China yang keluar dari negara pada 2018 hingga 2021 adalah seramai 5,954,765 orang,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Soalan itu bagi menjawab soalan Datuk Shabudin Yahaya (Bersatu-Tasek Gelugor) yang bertanyakan bilangan warga China yang masuk dan keluar semula dari Malaysia antara 2018 hingga 2021, serta jumlah yang berkahwin dengan rakyat tempatan dan menetap di negara ini.

Mengulas lanjut, KDN memaklumkan, rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan seramai 2,960 wanita warga China direkodkan berkahwin dengan lelaki tempatan bagi tempoh 2018 hingga 2021.

“Seksyen 27 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) menyatakan, perkahwinan bagi tiap-tiap orang yang bermastautin secara biasanya di Malaysia bagi setiap individu yang bermastautin di luar negara adalah seorang warganegara atau berdomisil di Malaysia selepas tarikh yang ditetapkan, hendaklah didaftarkan menurut akta ini,” katanya. HM

Lebih 1 juta warga China tidak keluar dari Malaysia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Situasi Seram Pekerja 7-Eleven Syif Malam (Video)

Wany Hasrita labuhkan tudung ikut syarat suami

Fazura tangkap suami dengan gadis lain? (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker