Suami isteri dalang curi dalam kereta ditahan

Suami isteri dalang curi dalam kereta ditahan

Polis menumpaskan sindiket curi barangan berharga di dalam kereta hasil penahanan suami isteri disyaki dalang utama sindiket itu yang aktif sejak November tahun lalu.

Penahanan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul yang menjalankan siasatan lanjut susulan laporan dibuat seorang pemilik kereta yang kehilangan komputer riba di Jalan Metro Perdana Barat 3, Taman Usahawan di sini, pada 7 Julai lalu.



Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, lelaki tempatan berusia 47 tahun dan wanita warga asing berusia 28 tahun itu ditahan di sebuah stesen minyak Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tanjung Malim, Perak, pada 11 Julai lalu.

“Pemeriksaan ke atas suspek merampas tiga telefon bimbit pelbagai jenama, tiga jam tangan, wang tunai berjumlah RM983, lampu suluh dan pemutar skru.

“Polis kemudian melakukan serbuan di rumah dan kenderaan suspek yang terletak di Taman Usahawan Kepong, menemui pelbagai barangan disyaki hasil curi seperti kasut berjenama dan tiga komputer riba,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beh berkata, siasatan mendapati pasangan itu menyasarkan barangan berharga seperti komputer riba yang ditinggalkan di dalam kenderaan sebelum mengumpil dan memecahkan cermin kenderaan untuk mencuri lalu menjualnya kepada individu tertentu pada harga antara RM500 sehingga RM700.



Katanya, semakan mendapati suspek lelaki mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau, manakala isterinya tidak mempunyai rekod lampau.

“Kedua-dua suspek sudah direman bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tambahnya, dengan penahanan pasangan terbabit pihaknya berjaya menyelesaikan kira-kira 20 kes curi dalam kenderaan yang dilaporkan di daerah Sentul.

Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian pecah cermin kereta supaya menyalurkannya dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222. HM



Suami isteri dalang curi dalam kereta ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi



Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker