Syarikat Jerman pilih Melaka labur projek mega

Syarikat Jerman pilih Melaka labur projek mega

MELAKA – Lokasi strategik, infrastruktur serta akses kepada jurutera dan pekerja mahir, kekal menjadi punca utama syarikat-syarikat dari Jerman terus berminat melabur di Melaka.

Pengerusi Kanan Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, setakat ini kerajaan negeri telah menerima sebanyak RM15 bilion pelaburan dari negara tersebut.



Menurutnya, salah satu syarikat yang membuat pelaburan terbesar ialah Infineon Technologies (M) Sdn. Bhd. (Infineon) yang sudah bertapak di negeri ini sejak lebih 50 tahun dalam menghasilkan produk semi konduktor.

“Sebuah lagi syarikat terbaharu yang turut membuat pelaburan ialah Leuze Electronic Malaysia Sdn. Bhd. (Leuze) yang mula bertapak di kawasan Perindustrian Bukit Rambai, Tangga Batu.

“Syarikat pengeluar dan pembuatan alat elektronik sensor itu menjadikan Melaka sebagai lokasi pertama pengembangan operasinya di Asia Tenggara dengan nilai pelaburan sebanyak RM100 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Leuze yang disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali di sini, hari ini.



Ab. Rauf berkata, syarikat itu telah menyatakan hasrat menambah pelaburan sebanyak RM100 juta bagi pembukaan sebuah kilang dengan kapasiti lebih besar.

“Kilang yang mempunyai keluasan sehingga 7,000 kaki persegi itu kini mempunyai seramai 100 pekerja dan dijangka akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk menarik lebih ramai anak tempatan bekerja di kilang tersebut sehingga hujung tahun ini.

“Syarikat-syarikat dari Jerman ini melihat Melaka adalah tempat terbaik untuk melabur dan mengembangkan perniagaan mereka kerana daripada sudut budaya pekerjaan, hampir sama dengan budaya yang telah diamalkan di negara mereka,” katanya. K Online

Syarikat Jerman pilih Melaka labur projek mega




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi



Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker