Feri meletup di selatan Thailand

BANGKOK – Seramai 18 mangsa diselamatkan selepas sebuah feri meletup ketika dalam perjalanan dari wilayah Chumpon di selatan Thailand  menuju ke pulau Koh Tao semalam.

Laman berita Thaiger melaporkan,  kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 petang (waktu tempatan) dengan semua 18 mangsa mengalami kecederaan.

Feri bernama Lom Phraya itu dilaporkan terbakar ketika berada sekitar  4 hingga 5 kilometer dari pantai di daerah Mueng, dalam wilayah Chumpon.



Pasukan penyelamat menerusi laman Facebook berkata, seramai 20 penumpang berada di atas feri ketika kejadian,  manakala dua lagi merupakan kru feri berkenaan.

Semua 18 penumpang dilaporkan terjun ke dalam laut sebelum mereka diselamatkan oleh pasukan penyelamat.

Seorang lelaki berusia 30 tahun melecur sehingga 50 peratus pada bahagian wajahnya dan kini dirawat di Hospital Chumpon.

Seorang wanita berusia 20 tahun pula mengalami luka pada bahagian dagu, manakala beberapa penumpang lain pula cedera ringan seperti lebam dan melecur.



Punca feri tersebut meletup masih disiasat. Beberapa pegawai berkata, mereka  percaya letupan berlaku di bilik enjin  menjadi punca kepada kebakaran yang berlaku. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur



MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker