Menteri isi masa terluang, kini bawa watak Pak Peja menerusi drama Ratu Ten Pin 2: Shalin

PETALING JAYA – Kemunculan watak Pak Peja menerusi drama Ratu Ten Pin 2: Shalin ternyata mengejutkan dan membuatkan orang ramai yang menonton siri drama tersebut kagum.

Apa tidaknya, watak Pak Peja tersebut telah dimainkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Penampilan khas menteri yang lebih diingati dengan gelaran Peja menerusi drama terbitan pelakon hebat Sheila Rusly itu ternyata turut menonjolkan bakat menteri tersebut.

Satu babak yang menjadi teaser drama terbabit, watak Pak Peja bersama pelakon utama, Jasmin Suraya yang memegang watak ratu boling negara, Shalin Zulkifli ternyata menjadi percakapan orang ramai.

Beliau menjadi hero dalam babak tersebut dengan menyelamatkan watak Shalin setelah dibaling telur oleh peminat yang begang dengan prestasi atlet negara itu.

Orang ramai turut memuji bakat yang ditonjolkan oleh menteri kabinet itu dan menyifatkan Peja pandai memainkan emosi penonton dengan kemarahannya dalam babak tersebut.

“Pandai berlakon juga menteri kita ni, betul-betul menjiwai watak. Dulu KJ (Khairy Jamaluddin Abu Bakar) muncul dalam iklan.

“Kini Peja pula, harapnya teruskanlah muncul dalam drama-drama kita. Penampilan khas begini biasanya ditunggu-tunggu penonton,” jelas Nik Fursh.

“Ya, hebat YB berlakon, betul-betul marah tu. Elok macam ni jugalah marah pada pegawai-pegawai kementerian yang tidak buat kerja selama ini, barulah sukan kita maju,” jelas Rizalman Hassan

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker