Anna Jobling pertahan jamu Tya Ariffin

Anna Jobling pertahan jamu Tya Ariffin

Anna Jobling menyanggah komen sesetengah pihak mengenai membabitkan jamu Mutyara milik rakan pelakonnya, Tya Ariffin.

Beliau menyifatkan komen negatif itu sengaja mahu menutup periuk nasi Tya Ariffin.



Anna, 22, atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman antara pengguna yang sudah mengamalkan jamu itu.

Dia yang popular menerusi drama Melur Untuk Firdaus turut membidas segelintir netizen yang mengkritik produk itu tetapi tidak pernah menggunakan.

“Baru-baru ini, saya baca artikel yang cakap jamu Mutyara ini pahit. Tapi, sebenarnya yang cakap macam itu tak pernah cuba. Sebenarnya saya sudah cuba dan tidak pahit langsung. Tapi tidak tahu kenapa orang cakap macam itu sebab rasanya manis.

“Rasa manisnya bukanlah manis buatan tapi manis daripada bahannya seperti kurma, madu, delima dan habatus sauda. Rasanya sangat bagus dan tak pahit langsung. Sebelum nak komen, cuba dulu. Tidak baik tutup periuk nasi orang,” katanya dalam hantaran video dimuat naik di Instagram.



Baru-baru ini, komen jelik dilemparkan kepada Tya membabitkan jamu Mutyara yang mendapat maklum balas negatif dalam kalangan warganet.

Kebanyakan mereka tidak bersetuju dengan komen yang ditulis selain menyifatkan ia tindakan yang sengaja untuk menjatuhkan maruah dan mencemarkan imej baik perniagaan dibina Tya Ariffin.

Pada masa sama, Anna menasihati pengguna laman sosial agar lebih berhati-hati sebelum menulis komen meeka.

“Sebelum nak judge atau nak hentam barang orang cuba dulu dan baru komen. Saya harap Kak Tya kuat dan buang semua perkara negatif daripada fikiran,” katanya.



Hantaran dimuat naik Anna itu turut mendapat respons daripada Tya yang juga isteri kepada usahawan, Asyraf Khalid.

“Terima kasih Anna sayang,” katanya.

Rentetan isu itu juga, Tya mengambil keputusan memberikan 10,000 pek percuma untuk Trial Mutyara kepada sesiapa yang ingin mencuba boleh menebusnya menerusi laman web www.mutyara.com

Perkongsian video Anna itu sudah mencecah lebih 386,000 tontonan, lebih 51,000 tanda suka dan lebih 500 komen. MG



Anna Jobling pertahan jamu Tya Ariffin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi



Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker