Kerana satu kes, China kurung lebih 300,000 penduduk

Kerana satu kes, China kurung lebih 300,000 penduduk

BEIJING: Hanya disebabkan satu kes COVID-19 dikesan, ratusan ribu penduduk diletakkan di bawah perintah berkurung di sebuah bandar kecil di China, hari ini.

Perintah itu dikeluarkan di bawah strategi ketat tiada tolerasi virus oleh Beijing, yang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda akan reda.

Setakat ini, China adalah ekonomi besar terakhir yang masih berpegang kepada dasar sifar COVID menerusi pelaksanaan kuarantin paksa, perintah berkurung segera dan sekatan perjalanan yang membebankan, sehingga merosakkan ekonomi dan menyebabkan ramai merungut.

Pihak berkuasa di beberapa wilayah turut mengenakan pelbagai sekatan bagi mengurangkan penularan baharu yang didorong varian Omicron yang mudah merebak.

Selepas melaporkan jangkitan domestik baharu, hab pembuatan keluli Wugang di wilayah Henan mengumumkan semalam, bahawa ia akan melaksanakan ‘kawalan tertutup’ selama tiga hari sebagai tindak balas kepada keperluan pencegahan penyakit, menurut notis rasmi.

Notis sama juga memaklumkan, tiada seorang daripada 320,000 penduduk di bandar itu dibenarkan menjejakkan kaki di luar rumah sehingga tengah hari Khamis dan menambah bahawa keperluan asas akan dihantar pihak berkuasa tempatan.

Penduduk tidak dibenarkan menggunakan kereta tanpa kebenaran dan mesti mendapatkan kebenaran rasmi untuk melakukan perjalanan di bawah keadaan ‘gelung tertutup’ sekiranya berlaku kecemasan.

Bandar itu menempatkan salah satu firma keluli terbesar China, Wuyang Iron & Steel Co, yang mengeksport ke Amerika Syarikat (AS), Jepun dan ekonomi utama Barat lain, menurut Bloomberg.

Hampir 250 juta rakyat di China kini berada di bawah beberapa jenis langkah kawalan virus, iaitu lebih dua kali ganda jumlah minggu lalu.

Wabak berterusan dan tindak balas rasmi yang tegas melemahkan harapan bahawa Beijing bersedia untuk beralih daripada sekatan kejam yang dilaksanakan awal tahun ini, apabila puluhan juta penduduk terkurung di rumah mereka, kadang-kadang selama berminggu-minggu.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, negara itu merekodkan 347 kes domestik baharu hari ini, di mana lebih 80 peratus tidak menunjukkan gejala.

Kebimbangan semakin meningkat mengenai langkah pencegahan COVID yang lebih ketat di Shanghai, yang mengalami penutupan dua bulan pada awal tahun ini sehingga berlaku kekurangan bekalan dan protes terpencil.

Kebanyakan 25 juta penduduk bandar itu diarahkan mendapatkan dua ujian COVID antara Selasa dan Khamis, memandangkan angka kes harian terus berlegar pada dua digit.

Di wilayah Anhui timur, pihak berkuasa minggu lalu memaksa 1.7 juta orang diletakkan dalam perintah berkurung dan penduduk di satu daerah diarahkan menjalani ujian besar-besaran ke-15 hari ini. BH

Kerana satu kes, China kurung lebih 300,000 penduduk


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker