Muhyiddin tentu rasa goyah

Muhyiddin tentu rasa goyah

Tan Sri Muhyiddin Yassin tentu goyah apabila membaca komenTun Daim Zainuddin bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) akan ‘bungkus’ pada Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi berkata, logik paling ketara ialah Bersatu tidak ada akar umbi yang kuat, lantaran itu parti ini rapuh.



Majoriti ahli Parlimennya pula adalah ‘katak’, bila-bila masa boleh lari, tambahnya.

Lagipun, Muhyiddin bukan perdana menteri lagi dan Bersatu tiada tempat penggantungan kukuh.

“Dia (Muhyiddin) yang dianggap gagal dan tidak ada daya tarikan.

“Dia (Muhyiddin) bergantung pada akar umbi Pas tetapi Pas mungkin guna logo sendiri.



Daim dalam wawancara dengan sebuah portal meramalkan Pas bakal memperoleh lebih banyak kerusi pada PRU15 susulan perpecahan dalam Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Bukan sahaja itu, beliau turut menjangkakan parti dalam PH bakal kehilangan sebilangan kerusi yang dimenanginya pada 2018 yang lalu.

Menurut Daim, pembangkang tidak akan dapat majoriti kerana DAP akan kehilangan sebilangan kerusi sementara Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan kalah lebih lagi.

“Bagi Pejuang (Parti Pejuang Tanah Air), saya rasa sudah habis dan begitu juga Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia),” ujar beliau. MG



Muhyiddin tentu rasa goyah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar



Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker