14 individu nyaris maut dalam kebakaran

KUALA LUMPUR – Seramai 13 lelaki warga asing dan seorang wanita warga emas nyaris maut dalam kejadian kebakaran di sebuah bangunan rumah kedai sekitar Lengkungan Brunei, Pudu awal pagi tadi

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira pukul 5.34 pagi.

“Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Pudu, BBP Hang Tuah dan Tun Razak bersama beberapa jentera telah ditugaskan ke lokasi kejadian.



“Seramai 13 lelaki warga asing berusia dalam lingkungan 25 hingga 45 tahun dan seorang wanita tempatan berusia 75 tahun berjaya diselamatkan anggota bertugas,” kata kenyataan tersebut.

Mengulas lanjut, kebakaran berlaku di sebuah kedai pencetakan yang menyebabkan ia musnah hampir 80 peratus.

“Anggota bertugas berjaya mengawal kebakaran kira-kira pukul 7.24 pagi dari terus merebak ke bangunan bersebelahan.

“Punca dan kerugian akibat kebakaran tersebut masih dalam siasatan,” jelasnya



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

 




Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]

Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]



Insiden Wanita Hina Islam, Operasi Kelab Komedi Digantung Sementara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker