Pihak pendakwaan berulangkali tanya soalan yang sama, sengaja cuba mengelirukan Presiden UMNO

KUALA LUMPUR: Ahmad Zahid Hamidi menuduh pihak pendakwaan dalam perbicaraan rasuahnya cuba mengelirukan dan memerangkapnya dengan berulang kali bertanya soalan sama mengenai sumbangan yang diterima bagi pihak Yayasan Akalbudi daripada individu dan organisasi korporat.

Bekas timbalan perdana menteri itu memberitahu Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong beliau tidak akan tahu identiti penderma berdasarkan salinan cek yang ditunjukkan kepadanya.

“Sumbangan itu dibuat untuk tujuan keagamaan dan kebajikan. Tidak bermoral untuk bertanya siapa pendermanya. Soalan sama diajukan sejak semalam untuk memerangkap saya,” katanya semasa pemeriksaan balas pihak pendakwaan.

Harris mencabar Zahid bahawa beliau tidak tahu siapa pendermanya kerana cek itu adalah hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang.

Persoalan itu berhubung 11 keping cek berjumlah RM3.8 juta yang diserahkan oleh Zahid kepada firma guaman Lewis & Co untuk disimpan dalam akaun pelanggan sejak firma itu dilantik sebagai pemegang amanah yayasan tersebut.

Tuduhan membabitkan jumlah RM3.8 juta itu ialah satu daripada 27 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM65 juta yang dihadapi Zahid.

Harris menolak tuduhan Zahid dengan berkata, pihak pendakwaan dan presiden Umno itu berada di mahkamah untuk mendapatkan keadilan, justeru fakta mesti dikemukakan supaya mahkamah dapat membuat keputusan.

“Kita di sini mencari keadilan. Anda tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Fakta mesti dikemukakan,” katanya.

Peguam utama Zahid, Teh Poh Teik, mencelah dengan berkata, fakta-fakta berkenaan sebaiknya dikemukakan dalam penghujahan.

Bagaimanapun, hakim Collin Lawrence Sequerah berkata, komen Harris adalah bagi menjawab tuduhan Zahid.

“Tetapi anda telah sampaikan maksud anda, teruskan,” hakim memberitahu Harris.

Zahid berdepan 47 tuduhan – 12 membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), lapan rasuah dan 27 berkait pengubahan wang haram – membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Pada 24 Jan, mahkamah memerintahkan beliau membela diri atas semua pertuduhan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker