Waran tangkap: Norjuma gagal dikesan



Waran tangkap: Norjuma gagal dikesan

Usaha untuk menahan usahawan selebriti, Norjuma Habib Mohamed yang dikenakan waran tangkap oleh mahkamah gagal selepas dia tiada di kediamannya hari ini.

Peguam bagi pihak Fame Up Entertainment, Muhammad Hassanuddin Roslan berkata, Norjuma gagal ditangkap pada hari ini selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap, memandangkan Norjuma gagal dikesan di kedua-dua alamat kediamannya.

“Kami akan menunggu tarikh tangkapan selanjutnya daripada mahkamah berkenaan tindakan susulan selepas Norjuma gagal ditemui untuk tangkapan dan dibawa ke mahkamah,” katanya.

Terdahulu, Muhammad Hassanuddin bersama pegawai Mahkamah dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir ke alamat kediaman Norjuma di Kuala Lumpur pada 11 pagi.




Sementara itu, di satu lagi alamat kediaman Norjuma, hanya ahli keluarganya yang berada di rumah dan membenarkan pegawai Mahkamah dan PDRM masuk ke dalam rumah untuk membuat pemeriksaan.

Waran tangkap itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Yasmin Abdul Razak berikutan kegagalan Norjuma memberi kerjasama untuk hadir ke mahkamah dan juga kerana menghina mahkamah atas keingkaran mematuhi Penghakiman Mahkamah.

Untuk rekod, Fame Up Entertainment memfailkan dua saman fitnah terhadap Norjuma sejak 2019 dan 2020 berkaitan penyebaran fitnah usahawan itu pada syarikat berkenaan sekitar 2018 hingga 2020. HM

Waran tangkap: Norjuma gagal dikesan


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah



Leave a Reply

Your email address will not be published.