Lelaki disangka mati sebenarnya sedang meditasi

Lelaki disangka mati sebenarnya sedang meditasi

Sekumpulan penduduk terkejut selepas menemukan seorang lelaki tua yang disangka meninggal dunia dan mayatnya terapung di sebuah sungai di Bangkok, sebenarnya masih hidup. Memetik laporan Oddity Central, lelaki itu sebenarnya sedang meditasi.

Satu rakaman video menunjukkan orang ramai berkerumun di tepi sungai selepas menemukan mayat terapung dalam air yang dipenuhi dengan sampah sarap.



Dalam video tersebut, seorang penduduk dilihat turun ke dalam air untuk memeriksa keadaan lelaki itu. Namun terkejut setelah didapati dia bercakap sebaik sahaja menyentuh badannya.

“Kami sangka lelaki itu sudah meninggal dunia. Orang ramai menjerit memanggil namun dia tidak bergerak.

“Apabila seorang penduduk cuba menarik keluar lelaki itu, dia secara tiba-tiba bercakap dan memaklumkan sedang meditasi,” kata seorang anggota penyelamat, Sommatr Promvog.

Jelas Promvog, pasukan perubatan memeriksa kesihatan lelaki itu selepas membantunya keluar dari terusan tersebut.



Katanya, pihaknya mendapati lelaki itu dalam keadaan sedar dan kesihatannya juga baik.

“Lelaki itu dihantar pulang agar dia boleh mencari tempat yang sesuai untuk bermeditasi,” katanya. Utusan

Lelaki disangka mati sebenarnya sedang meditasi


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week



Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker