MK malu berdepan Nora

GANDINGAN Nora Danish dan MK K-Clique dalam filem 7 Minggu Sebelum Kahwin yang ditayangkan di Astro First bermula hari ini sememangnya antara yang dinantikan oleh penonton tempatan.

Apa tidaknya, genre romantik komedi boleh dikatakan antara pilihan utama penonton di Malaysia apabila mahukan jalan cerita yang santai dan tidak keterlaluan.

Malah Nora juga mengakui dia meminati genre terbabit sebagai salah satu ‘menu wajib’ setiap kali menonton filem dalam atau luar negara.



“Saya memang suka membintangi naskhah yang berkisarkan cinta dan kalau menonton filem di Netflix pun saya akan pilih untuk tonton filem bergenre cinta romantis.

“Malah setiap kali diajukan soalan apa watak yang diidamkan saya tetap dengan jawapan sama iaitu mahu membintangi filem romantik komedi atau apa saja yang berkisarkan cinta,” katanya.

Mengakui naskhah arahan Eyra Rahman itu memiliki jalan cerita yang berbeza serta tidak klise, Nora akui tidak menunggu masa yang lama untuk memberi kata putus.

“Ketika KRU Studios melamar saya untuk membintangi filem ini dan memaklumkan Eyra Rahman adalah pengarahnya, saya percaya karya ini adalah sebuah naskhah yang terbaik untuk saya lakukan.



“Lagipun saya teruja juga nak berlakon di samping MK kerana sebelum ini kami tak pernah disatukan dalam sebuah filem. Saya pun sudah lama tidak berlakon filem kerana agak selektif dalam membintangi sesebuah karya, jadi saya akhirnya bersetuju untuk terbabit dalam 7 Minggu Sebelum Kahwin,”k atanya.

7 Minggu Sebelum Kahwin mengisahkan Syifa (Nora Danish) yang mengimpikan sebuah perkahwinan yang indah dan meriah sejak dari kecil. Bertemu dengan kekasihnya, Amar (MK K-Clique) di dalam majlis resepsi menguatkan semangat Syifa yang menginginkan sebuah majlis yang sempurna.

Bagaimanapun pelbagai masalah menimpa Amar dan Syifa menjelang majlis pernikahan yang berbaki kurang tujuh minggu.

Ditanya apakah cabaran terbesar ketika membintangi filem terbabit, wanita berusia 40 tahun itu berkata, dia mengalami masalah pada bahagian matanya yang seakan-akan berdarah dan terdapat luka.



“Ketika 12 hari menjalani penggambaran saya perasan yang mata saya seperti berdarah, tapi apabila saya pergi klinik doktor maklumkan keadaan saya okey. Malah saya juga tidak berasa sakit.

“Nak tangguhkan penggambaran memang tak boleh sebab akan mengganggu jadual artis lain, jadi nak atau tak nak saya terpaksa teruskan penggambaran dan lebih menyedihkan keadaan itu berlaku sepanjang proses penggambaran,” katanya.

Dalam pada itu, MK turut berkongsi rasa teruja apabila berpeluang bergandingan dengan aktres Nora Danish buat kali pertama.

“Berpeluang berlakon dengan Nora saya akui sangat malu sebab kita semua tahu yang Nora adalah satu nama besar dalam dunia lakonan.



“Saya juga akui gementar jika lakonan saya tidak disampaikan dengan baik. Tapi apapun saya bersyukur apabila Nora dan pelakon-pelakon lain banyak membantu. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar,” katanya.

Tambah MK, dia sedaya upaya menghidupkan watak Amar meskipun tidak mempunyai pengalaman dikawal oleh wanita atau disebut sebagai ‘queen control’.

“Saya tak pernah berdepan situasi dikawal oleh wanita, tapi kebanyakannya memberi nasihat supaya tidak melakukan sesuatu perkara yang buruk.

“Namun andai kata kalau ada wanita yang mahu mengawal saya ke arah yang lebih baik, saya okey saja. Cuma kalau ada wanita yang begitu ‘queen control’ agak susah untuk saya terima,” katanya.



Selain MK dan Nora, filem 7 Minggu Sebelum Kahwin turut dibintangi Alya Iman, Sham Visa, Ropie dan Yassin Yahya. HM

MK malu berdepan Nora


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker