Zii Jia tumbang



Zii Jia tumbang

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dimalukan di hadapan penyokong sendiri apabila tersingkir di pusingan kedua Terbuka Malaysia.

Pemain nombor lima dunia itu seharusnya menyalahkan diri sendiri apabila tidak memanfaatkan sokongan padu penyokong yang memenuhi Axiata Arena Bukit Jalil apabila tumbang di tangan Shesar Hiren Rhustavito dari Indonesia, 19-21, 21-19, 16-21 dalam aksi yang berlangsung selama 66 m8nit.

Kekalahan Zii Jia, 24, menyaksikan tiada lagi wakil negara dalam acara perseorangan lelaki selepas dia menjadi wakil tunggal yang berjaya layak ke pusingan kedua selepas kekalahan Liew Daren dan Ng Tze Yong di pusingan pertama.

Kekalahan turut meranapkan impian peminat badminton tempatan untuk menyaksikan pertembungannya dengan bintang sensasi Jepun, Kento Momota di pentas suku akhir.




Momota yang juga juara dunia dua kali mara ke kelompok lapan terbaik selepas menundukkan pemain Hong Kong, Ng Ka Long 11-21, 21-8, 21-18.

Lebih malang, harapan untuk melihat Zii Jia kembali merampas gelaran Terbuka Malaysia dalam acara perseorangan lelaki berkecai selepas kali terakhir dimenangi legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei pada edisi 2018.

Chong Wei adalah pemenang terbanyak sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 1937 dengan 12 gelaran bagi acara perseorangan lelaki.

Dalam dua kejohanan terakhir Zii Jia sebelum ini di Jakarta menyaksikan dia mara sehingga suku akhir Masters Indonesia sebelum terkandas di separuh akhir Terbuka Indonesia.

Pada Mei lalu, dia yang dibimbing jurulatih dari Indonesia, Indra Wijaya berjaya merekodkan dua gelaran apabila mengungguli saingan Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Manila, Filipina dan Terbuka Thailand di Bangkok.




Zii Jia sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila memutuskan untuk menarik diri daripada beraksi di Sukan Komanwel Birmingham 2022 bagi membolehkan dia memberi fokus sepenuhnya terhadap persiapan menghadapi Kejohanan Dunia.

Sukan Komanwel Birmingham 2022 akan bermula pada 28 Julai hingga 8 Ogos Kejohanan Dunia di Tokyo, Jepun bakal berlangsung dari 22 hingga 28 Ogos. BH

Zii Jia tumbang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis



Leave a Reply

Your email address will not be published.