Profesor undang-udang UiTM dilantik pengerusi Suhakam baharu

Profesor undang-udang UiTM dilantik pengerusi Suhakam baharu

Seorang profesor undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rahmat Mohamad, dilantik sebagai pengerusi baharu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Bernama melaporkan, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelantikan itu lebih dua bulan selepas tempoh perkhidmatan pesuruhjaya yang kesembilan sebelum ini, tamat pada 27 April.

Rahmat pernah berkhidmat sebagai setiausaha agung Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika dari 2008 hingga 2016. Pakar undang-undang itu juga pengerusi Institut Sukan Negara (ISN).

Pada Rabu, hakim Mahkamah Rayuan yang telah bersara, Mah Weng Kwai menggesa Putrajaya melantik pesuruhjaya Suhakam baharu dengan segera atau Malaysia berisiko kehilangan kerusinya dalam Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

BERITA LANJUT MENYUSUL

Profesor undang-udang UiTM dilantik pengerusi Suhakam baharu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker