Bayi doktor maut tertinggal 10 jam dalam kereta di parkir hospital

Bayi doktor maut tertinggal 10 jam dalam kereta di parkir hospital

Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan maut selepas ditinggalkan hampir 10 jam dalam kereta ibunya dari pagi hingga petang di kawasan parkir kenderaan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HTCM), Cheras, semalam.

Kejadian berlaku selepas ibu mangsa yang juga seorang doktor, menyangka sudah menghantar bayinya itu ke TASKA sebelum ke tempat kerja.



Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, berkata terdahulu pegawai perubatan HTCM menerima mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 5.53 petang.

Beliau berkata, mangsa yang juga anak bongsu daripada dua beradik kemudian disahkan meninggal dunia.

“Hasil siasatan awal mendapati pada jam 7.20 pagi, ibu mangsa meletakkan bayinya di tempat duduk belakang penumpang sebelah kiri dalam kereta untuk dihantar ke TASKA.

“Bagaimanapun, ibu mangsa terus memandu keretanya ke tempat kerja dengan anggapan bahawa mangsa sudah dihantar ke TASKA,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Zam Halim berkata, ibu mangsa hanya menyedari bayi itu masih berada di dalam kereta pada petang hari sama selepas dimaklumkan oleh suaminya bahawa mangsa tidak dihantar ke TASKA.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, boleh menghubungi Hotline Polis Cheras melalui talian 03-9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur (03-2115 9999) atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya. BH

Bayi doktor maut tertinggal 10 jam dalam kereta di parkir hospital



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziela Jalil kena sabotaj?



PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas

Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah



Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker