Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini, memerintahkan Dr Mohamad Khir Toyo dan Zaharah Kechik untuk melantik Hakam Islah bagi kes permohonan perceraian oleh isteri bekas Menteri Besar Selangor itu.
Hakim Syarie Mohd Nizar Mohtar membuat keputusan itu selepas Jawatankuasa Pendamai (JKP) didapati gagal mengislahkan perkahwinan pasangan berkenaan.
“Plaintif (Zaharah) masih tekad untuk berpisah, manakala defendan (Dr Mohamad Khir) mahu membincangkan hal (permohonan perceraian) itu.
“Berikutan itu, kedua-dua pihak perlu melantik Hakam Islah, dan sebutan semula kes ditetapkan pada 14 Julai depan,” katanya.
Terdahulu, Dr Mohamad Khir dan Zaharah yang kedua-duanya berusia 57 tahun, hadir di mahkamah bersama peguam pada jam 9 pagi.
Sementara itu peguam mewakili Zaharah, Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zain ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata, anak guamnya memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen 2 Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 pada 24 Februari lalu.
“Selepas mendengar laporan JKP, mahkamah hari ini mendapati berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga kedua-dua pihak.
“Oleh itu, anak guam saya dan defendan perlu melantik Hakam Islah, iaitu wakil lelaki untuk berbincang sebelum menyerahkan laporan kepada mahkamah,” katanya.
Peguam mewakili Dr Mohamad Khir, Siti Elly Jasmin Aminuddin pula memaklumkan pihaknya akan menamakan hakam pada tarikh ditetapkan itu.
“Satu perbincangan akan turut dilakukan antara Hakam-hakam Islah pada hari berkenaan.
“Sepanjang prosiding kes ini, kita akan melihat isu shiqaq itu sebenarnya berpunca daripada siapa,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Mohamad Khir mendakwa dirinya sudah memenuhi tanggungjawab sebagai suami sejak 30 tahun lalu, dan beliau hingga kini tidak mempunyai sebab untuk menceraikan Zaharah.
“Beliau meminta cerai. Justeru, saya menyerahkan perkara itu kepada mahkamah untuk ditentukan,” katanya kepada pemberita selepas prosiding. BH
Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
Baca Artikel Menarik:
- Lim tersenyum terima suapan – Saksi
- Guru beli lembu sado RM20,000 untuk korban
- Apa dosa Mat Kilau?
- Alica Schmidt mahu dikenali sebagai binrang sukan bukan porno
- Pendaftaran BRA tarik perhatian orang ramai
- DJ Sal, DJ Wong perlu dipanggil pihak berkuasa agama
- Formula Rafizi ke laut – Isham Jalil
- Mat Kilau kutip Rm7j dalam tiga hari
- Zaid persoal sikap membisu Badan Peguam berkait dakwaan konflik berkepentingan
- Duda maut jatuh bangunan selepas berkhalwat dengan isteri orang
- Macam James Bond, Najib jadi aktor pula?
- Tiga Ikan Paus Di Langkawi [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran
You must be logged in to post a comment.