Penggunaan logo PAS dalam PRU-15: Sanusi kata bukan semua negeri sesuai

ALOR SETAR – Penggunaan logo parti atau Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diputuskan di peringkat kepimpinan tertinggi PN.

Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, berdasarkan pendirian sebelum ini, Pas akan menggunakan logo PN dalam PRU akan datang, namun perkara itu masih boleh dibincangkan mengikut kesesuaian negeri.

Menurutnya, sekiranya penggunaan logo PN sebagai sebuah pakatan lebih meyakinkan pengundi, ia wajar dipertimbangkan.



“Perkara itu akan dibincangkan, sebelum ini pandangan kita adalah menggunakan logo PN untuk pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor. Ia bergantung kepada perbincangan, masih boleh dibincangkan lagi.

“Kalau logo yang digunakan menggambarkan kita dalam satu pakatan dan beri keyakinan lebih kepada pengundi, berbanding logo yang menggambarkan kita bersendirian dan beri kesan lain pula seperti aspek psikologi, lebih baik kita pilih yang beri kesan positif,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Negeri (JPN) pada Ahad.

Muhammad Sanusi berkata, kemungkinan bagi sesetengah negeri seperti Kelantan, lebih sesuai untuk menggunakan logo Pas kerana sudah sebati dengan negeri itu.

“Negeri lain mungkin boleh guna logo PN. Untuk Kedah pula, bergantung kepada perbincangan namun saya beranggapan dua-dua logo pun boleh. Apa pun untuk muktamad, ia akan dibawa bincang di peringkat kepimpinan tertinggi PN,” katanya lagi.



Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat supaya Pas bertanding menggunakan logo sendiri, berbanding logo PN pada PRU15 akan datang.

Pada Jumaat, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tegaskan Pas masih kekal menggunakan logo PN selain berpandangan PRU15 wajar disegerakan bagi membentuk tampuk pemerintahan lebih stabil sekiranya kerajaan telah bersedia dan bersetuju bubarkan Parlimen.

Namun perlu ada persediaan selain bergantung kepada keadaan ketika itu.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, pendirian Pas tetap tidak berubah untuk PRU diadakan sehingga habis penggal namun pilihan raya boleh diadakan sekiranya semua pihak sudah bersedia.



“Semua parti pun sudah sedia lama dah cuma keadaan tidak mengizinkan kerana kita berdepan dengan Covid-19, selain beri tumpuan pada pemulihan ekonomi bagi pulihkan keadaan negara.

“Pas pun sudah bersedia lama dah,” katanya lagi.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)



Hadi buat pusingan U, mahu PRU-15 dijalankan segera

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker