JPM minta kerjasama pemilik TikTok dakwaan ‘Pegawai Kerajaan Mengular’ [VIDEO]



Jabatan Perdana Menteri (JPM) memohon kerjasama pemilik akaun media sosial yang membuat video dengan mendakwa pekerja kerajaan ponteng ketika dia ke jabatan itu awal bulan ini.

Unit komunikasi korporat JPM berkata sehinggga hari ini tiada sebarang aduan rasmi diterima JPM mengenai perkara itu.

Sehubungan itu katanya, pemilik akaun tersebut diminta segera menghubungi JPM melalui emel [email protected] atau talian 03-88723430 dengan mengemukakan butiran lanjut kejadian di kaunter JPM seperti yang dinyatakan dalam video tersebut.

“Maklumat seperti tarikh, masa dan lokasi kejadian sangat diperlukan bagi memudahkan siasatan.

“JPM sentiasa komited dan berusaha menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan,” kata JPM dalam hantaran di Facebook, malam tadi.




Terdahulu, tular satu video memaparkan seorang wanita yang menggunakan akaun TikTok marythehighness yang menyelar pekerja kerajaan, mendakwa mereka malas dan tidak amanah.

@marythehighness

this is not for pekerja gomen je swasta jgk tp mostly perangai gini pekerja gomen. Yg dh bagus tu go on yg x blh improve. Sesama peringatan utk kita ♥️

♬ original sound – cerita gitu gitu – mariam

Video yang dimuatnaik pada 3 Jun lalu itu antara lain mendakwa tiada pegawai di kaunter penyambut tetamu JPM ketika dia melawat jabatan itu.

Selepas lama menunggu, dia mendakwa telah dimaklumkan oleh pegawai lain bahawa kakitangan kerajaan sudah keluar rehat sedangkan ia baru jam 12 tengah hari.

Wanita itu berkata dia kemudian pergi makan tengah hari di sebuah kafeteria di bangunan kerajaan yang lain.

Dakwanya, ramai pelanggan yang dikatakan kakitangan kerajaan tidak keluar untuk kembali bekerja walaupun waktu rehat berakhir pada pukul 2 petang.




Dia juga berkata tidak bermoral bagi pegawai kerajaan yang dibayar gaji oleh rakyat dan diamanahkan untuk berkhidmat, tetapi tidak menjalankan tugas mereka dengan amanah.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)

Hadi buat pusingan U, mahu PRU-15 dijalankan segera

 



Leave a Reply

Your email address will not be published.