“Anak-anak dah makin membesar”- Datuk K minta Siti Nurhaliza ada masa untuk anak

Menurut Siti Nurhaliza, sebagai ibu bekerjaya Datuk K selalu memastikan agar pelantun lagu Aku Cinta Padamu itu mempunyai masa untuk diluangkan bersama anak-anak dan keluarga. – Gempak

PENYANYI tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akui suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K mengambil berat tentang urusan kerjaya dan rumah tangganya sebagai ibu dan isteri.

Menurut Siti Nurhaliza, sebagai ibu bekerjaya Datuk K selalu memastikan agar pelantun lagu Aku Cinta Padamu itu mempunyai masa untuk diluangkan bersama anak-anak dan keluarga.

“Datuk K mengambil berat tentang jadual saya…Ye lah, anak-anak dah makin membesar pasti mahu tumpuan sebab itu Datuk K pun sama-sama berbincang dengan pihak pengurusan sama ada dalam bidang perniagaan atau hiburan supaya jadual saya tidak dibuat terlalu padat agar ada masa untuk bersama keluarga.

“Jika bulan ini saya sibuk menguruskan perniagaan, bulan seterusnya saya akan fokus pada nyanyian. Jadi saya dapat bahagi-bahagikan masa.

“Jadi dalam seminggu tu adalah dalam tiga hari saya di rumah dan tak sibuk dengan komitmen supaya dapat meluangkan masa bersama anak-anak,” katanya kepada Astro Gempak.

Siti Nurhaliza bercakap kepada Gempak dan media lain selepas selesai sidang media Queen Of The Night di Menara Berkembar Petronas pada Rabu.

Sementara itu, Siti turut tidak menafikan pernah terfikir untuk memperlahankan kerjaya seninya demi memberi tumpuan lebih kepada dua anaknya iaitu Siti Aafiyah, 4, dan Mohd Afwa yang baru berusia setahun.

“Saya pernah terdetik untuk memperlahankan kerjaya seni demi keluarga terutama anak-anak. Ada waktu saya perlu keluarga bekerja seawal Subuh dan balik waktu malam. Anak-anak pun sudah tidur.

“Saya rasa kasihan lebih-lebih lagi terhadap Afwa yang masih kecil. Afwa pun sudah pandai merajuk dan tidak mahu lepaskan saya. Jadi saya rasa bersalah.

“Tapi saya pun ada tanggungjawab terhadap pekerja-pekerja saya. Jadi saya akan cuba bahagikan masa sebaik mungkin,” katanya.

Sekadar info, Siti berkahwin dengan Datuk Khalid Mohd Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.
*Artikel asal disiarkan di Gempak

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)

Hadi buat pusingan U, mahu PRU-15 dijalankan segera

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker