Lembu Terlepas Dari Ikatan.. Warga Emas Retak Tulang Belakang ‘Disondol’ [VIDEO]



Lembu Terlepas Dari Ikatan.. Warga Emas Retak Tulang Belakang ‘Disondol’ [VIDEO]

Kuala Lumpur: Lelaki warga emas cedera selepas ditanduk seekor lembu di hadapan rumahnya di Bandar Menjalara, di sini, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada anak perempuan mangsa jam 11.25 pagi, semalam.

“Siasatan dilakukan mendapati kejadian itu berlaku jam 10.15 pagi, Jumaat lalu ketika seorang lelaki tempatan berusia 81 tahun sedang berdiri di hadapan pagar rumahnya ketika bersiap untuk keluar.

“Ketika itu mangsa melihat seekor lembu berlari di taman berdekatan rumahnya. Tiba-tiba lembu itu berlari ke arah mangsa dan menanduk perutnya sehingga dia terjatuh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.




Eng Lai berkata, semakan dilakukan mendapati terdapat satu video tular di media sosial berkaitan kejadian lembu yang terlepas di kawasan berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) arah Sungai Buloh.

“Kelindan lori yang dirakamkan di dalam video tular terbabit bukan pemilik lembu berkenaan, sebaliknya beliau hanya menolong untuk menangkap dan menambat haiwan itu pada tiang elektrik di tepi Lebuhraya MRR2.

“Namun, disebabkan lembu itu bertindak agresif, ia terlepas dari tambatan dan lari semula ke atas jalan menuju ke arah Sungai Buloh,” katanya.

VIDEO DIBAWAH:-

Beliau berkata, siasatan dilakukan mendapati satu laporan polis dibuat pengerusi sebuah masjid di Kampung Selayang Lama jam 11.13 pagi, Jumaat lalu.

“Laporan itu dibuat berkaitan lembu yang ditambat di kawasan masjid terlepas lari dari ikatan sewaktu proses mencucuk hidung haiwan berkenaan.




“Difahamkan lembu itu disedekahkan oleh orang awam untuk tujuan ibadah korban. Kami percaya lembu yang terlepas lari ini adalah lembu sama yang menyebabkan kecederaan kepada mangsa,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami retak tulang belakang serta sakit pada bahagian belakang bahu.

“Mangsa sedang menerima rawatan dan ditahan di Hospital Desa Park City Medical Centre untuk pemerhatian lanjut.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan kerana kecuaian melepaskan haiwan sehingga mendatangkan ancaman bahaya kepada nyawa orang awam,” katanya.

Katanya, pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Nor Hafizullah Norahim di talian 017-2232031 atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482222 untuk tindakan lanjut.-HM




Lembu Terlepas Dari Ikatan.. Warga Emas Retak Tulang Belakang ‘Disondol’ [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo



Leave a Reply

Your email address will not be published.