Arab Saudi Haramkan Penggunaan Gas Memasak Di Tapak Suci Ketika Haji

Arab Saudi Haramkan Penggunaan Gas Memasak Di Tapak Suci Ketika Haji

RIYADH: Direktorat Am Pertahanan Awam mengesahkan larangan kemasukan dan penggunaan semua jenis dan saiz silinder gas memasak di kem jemaah haji dan pejabat agensi kerajaan yang terletak di Mina, Muzdalifah dan Arafah.

Pertahanan Awam menyatakan bahawa larangan itu akan berkuat kuasa mulai pagi hari pertama Zulhijjah.



Memetik laporan Saudi Gazette, keputusan larangan kemasukan dan penggunaan LPG (gas petroleum cecair) di tapak suci pada musim haji akan dikuatkuasakan menerusi penyelarasan dengan pihak keselamatan.

Pertahanan Awam memberi amaran semua barang terlarang, termasuk dapur gas dan silinder yang boleh digunakan untuk tujuan memasak, akan dirampas, sambil menegaskan bahawa prosedur undang-undang akan digunakan ke atas sesiapa yang didapati melanggar peraturan ditetapkan.

Pasukan penyeliaan pencegahan kebakaran dan keselamatan Pertahanan Awam akan menjalankan lawatan lapangan dan pemeriksaan menyeluruh ke semua pejabat agensi kerajaan dan pertubuhan komersial di tapak suci untuk memastikan LPG tidak digunakan di premis mereka di Mina, Muzdalifah dan Arafah ketika musim haji bagi memastikan kesihatan dan keselamatan jemaah.

Keputusan untuk mengharamkan gas memasak di tapak suci dibuat dalam rangka langkah pencegahan yang dikenakan oleh Pertahanan Awam untuk mengurangkan risiko kebakaran ketika persiapan kem jemaah haji, serta ketika tempoh jemaah tinggal di sana untuk menyempurnakan ibadah haji.



Sementara itu pihak Pendakwa Raya Arab Saudi mengeluarkan amaran keras terhadap pengedaran makanan yang memudaratkan kesihatan jemaah haji.

Menjual atau mengedar barangan makanan tercemar kepada jemaah haji adalah dilarang sama sekali, katanya, sambil mengingatkan pelaku berdepan hukuman.

Pelanggaran peraturan keselamatan makanan dianggap jenayah besar dan pelakunya akan ditahan, kata Pendakwa Raya.

Jika didapati bersalah, pelaku akan berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga SR10 juta (RM11.73 juta).



Lesen pelaku akan dibatalkan dan akan dihalang daripada mengamalkan sebarang kerja dan aktiviti berkaitan makanan.

Selain itu, nama mereka yang didapati bersalah oleh mahkamah akan disiarkan di media massa dengan kos ditanggung sendiri.

Pihak Pendakwa Raya menyatakan bahawa ia menjalankan siasatan terhadap dakwaan peraturan keselamatan makanan, menurut Artikel 36 undang-undang makanan. – AGENSI

Arab Saudi Haramkan Penggunaan Gas Memasak Di Tapak Suci Ketika Haji



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo



Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker