Sebahagian Besar Majikan Tolak Kerja 4 Hari Seminggu

Sebahagian Besar Majikan Tolak Kerja 4 Hari Seminggu

KUALA LUMPUR: Kaji selidik terbaharu dijalankan oleh Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menunjukkan sebahagian besar majikan di negara ini tidak bersedia melaksanakan dasar waktu bekerja empat hari dalam seminggu.

Kaji selidik pada April lalu mendapati, 60 peratus daripada 170 syarikat yang tidak mempunyai kerja syif dan 78.6 peratus daripada 112 syarikat yang mempunyai kerja syif, masing-masing tidak bercadang amalan minggu bekerja yang lebih singat.



Selain itu, 55 peratus daripada 111 syarikat yang mempunyai kerja syif dan 38.3 peratus daripada 162 syarikat dengan kerja syif, juga mengakui tidak dapat melaksanakan waktu bekerja empat hari seminggu.

Ia berikutan waktu bekerja seminggu akan dipendekkan daripada 48 jam kepada 45 jam, selaras pindaan Akta Kerja 1955 yang berkuat kuasa 1 September depan.

Kajian itu juga mendapati hanya sebilangan kecil, iaitu 20.4 peratus syarikat yang tidak mempunyai syif dan 11.7 peratus syarikat yang mempunyai syif, menyatakan kemungkinan akan melaksanakan minggu bekerja empat hari.

Presiden MEF, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman, berkata kebanyakan majikan berpandangan sebahagian besar industri di Malaysia tidak dapat melaksanakan dasar empat hari bekerja seminggu, selain bukan semua jenis pekerjaan sesuai dengan dasar berkenaan.



Katanya, antara cabaran dihadapi majikan untuk melaksanakan dasar itu termasuklah isu kerja lebih masa, jadual kerja dan keperluan pelanggan, selain faktor tenaga kerja yang berbeza di setiap bahagian dan syarikat.

“Sejumlah 65 peratus syarikat berpandangan khidmat pelanggan mungkin terjejas sekiranya waktu bekerja empat hari seminggu dilaksanakan.

“Syarikat juga terpaksa berdepan isu kos pengeluaran atau menanggung upah yang tinggi kerana perlu membayar upah kerja lebih masa,” katanya kepada BH semalam.

Kelmarin, media melaporkan kaji selidik oleh syarikat Qualtrics mendapati, sejumlah 62 peratus pekerja sepenuh masa di Malaysia lebih gemar fleksibiliti sepanjang empat hari bekerja dalam seminggu.



Ketika ini, Seksyen 60A Akta Kerja 1955 memperuntukkan majikan tidak boleh memaksa pekerja untuk bekerja lebih 12 jam sehari termasuk kerja lebih masa, atau melebihi 10 jam secara berterusan, serta tidak melebihi 48 jam seminggu (dikurangkan kepada 45 jam berkuat kuasa 1 September depan).

Bagi penjawat awam, Perintah Am Bab G 1974 memperuntukkan waktu bekerja penuh adalah dari jam 8 pagi hingga 4 petang (tidak termasuk satu jam 15 minit rehat) dan tidak boleh melebihi 12 jam sehari, manakala sebarang perubahan waktu bekerja perlu mendapat kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Pakar ekonomi sebelum ini turut berpandangan, Malaysia belum bersedia melaksanakan dasar tempoh bekerja empat hari seminggu seperti yang mula dilaksanakan di beberapa negara maju, berikutan faktor produktiviti yang rendah serta struktur ekonomi di negara ini yang masih berteraskan buruh.



Pakar ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai sebelum ini berkata secara umumnya, tempoh bekerja tidak menjadi penentu utama kepada kadar produktiviti atau `output’ pekerja.

Ini disokong penganalisis ekonomi, Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari, bahawa ekonomi Malaysia belum bersedia dengan dasar empat hari bekerja dalam seminggu, antaranya kerana struktur ekonomi negara yang menyukarkan pelaksanaannya.

Mengulas lanjut, Syed Hussain berkata, meskipun ada pandangan mengatakan dasar itu mungkin meningkatkan produktiviti kerana pekerja lebih bermotivasi, tiada data yang boleh menyokong pandangan berkenaan setakat ini.

Berhubung saranan pakar ekonomi supaya majikan ‘bereksperimen’ dengan pelaksanaan kerja secara hibrid atau waktu bekerja anjal, beliau berkata, tidak semua pekerjaan sesuai untuk melaksanakan dasar bekerja dari rumah (BDR), penggiliran atau waktu kerja anjal.



Mengambil contoh hasil kaji selidik MEF pada Mac lalu mendapati hanya 6.1 peratus majikan membenarkan pekerja BDR secara tetap, manakala 47 peratus memaklumkan BDR dibenarkan mengikut kes tertentu, dan 31.4 peratus majikan memaklumkan semua pekerja perlu kembali ke pejabat atau tempat kerja masing-masing.

“Namun, berdasarkan pengalaman BDR semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika negara menghadapi penularan COVID-19, majikan kini lebih bersedia dan bersikap terbuka melakukan perubahan pada waktu kerja di syarikat mereka.

“Apa yang diperlukan adalah kebebasan majikan menetapkan waktu bekerja di syarikat mereka kerana majikan lebih arif mengenai apa yang sesuai untuk syarikat dan memahami keperluan pekerja masing-masing,” katanya.-BH

Sebahagian Besar Majikan Tolak Kerja 4 Hari Seminggu



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker