Lelaki seksa kucing diberkas, dakwa alami gangguan emosi

Lelaki seksa kucing diberkas, dakwa alami gangguan emosi

SUNGAI PETANI – Polis memberkas lelaki yang bertindak menyeksa dan menendang kucing di hadapan sebuah kedai di Semeling, di sini, seperti tular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, bertindak atas maklumat dan risikan suspek berusia 27 tahun itu ditangkap pada jam 1.29 tengah hari di kediamannya di Kampung Pengkalan Merbok di sini.



Jelas beliau, susulan kejadian itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kedah telah menyelamatkan kucing yang dipercayai diseksa suspek untuk rawatan lanjut.

“Hasil temu bual daripada keluarga suspek mendapati lelaki itu merupakan pencinta haiwan dan banyak memelihara kucing di rumahnya.

“Malah soal siasat lanjut mendapati suspek mendakwa mengalami gangguan emosi kerana tidak bekerja,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Kucing malang mengalami kecederaan di kepala akibat dibaling dengan batu- bata.



Tambah beliau, permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan di Mahkamah Majistret Sungai Petani esok.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat terhadap haiwan dan Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 oleh JPV Kedah.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Inspektor Muhamad Faizal Mohamed Said di talian 013-7503680 untuk membantu siasatan,” ujar Zaidy.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi tiga minit menunjukkan seorang lelaki yang memandu kereta jenis Perodua Bezza melakukan kekejaman terhadap dua ekor kucing di hadapan sebuah kedai.



Lelaki itu dilihat mengumpan seekor kucing dengan memberikan makanan sebelum menendang dan membaling batu terhadap haiwan terbabit tanpa menyedari perbuatannya dirakam kamera litar tertutup (CCTV). MG

Lelaki seksa kucing diberkas, dakwa alami gangguan emosi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Sharnaaz peluk erat anaknya selepas 3 hari dalam lokap

“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]



Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker