PRN Johor : UMNO MCA MIC Kita Adik Beradik – Shen Poh Kuan

Oleh Leftenan Adnan

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senai bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru.

Barisan Nasional (BN) menampilkan calon dari MCA, Shen Poh Kuan, manakala calon Perikatan Nasional (PN) iaitu Yeo Kwee Kwang. Pakatan Harapan (PH) pula menampilkan calon dari DAP, Wong Bor Yang.

Shen Poh Kuan sebagai anak jati Senai giat dalam siri pertemuan beliau dengan masyarakat serta pengundi terus menyatakan komitmen untuk bantu rakyat khususnya dalam DUN Senai.

Demi kestabilan negeri dan ekonomi negara, Shen berharap pengundi memberi sokongan dan kepercayaan kepada beliau dan BN pada PRN kali ini.

Tambahan beliau, BN sebuah parti yang stabil yang terbukti sebelum ini. Katanya lagi, MCA, UMNO dan MIC seperti adik beradik yang sudah lama bekerjasama dengan baik.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker