Remaja mengaku salah rogol pelajar 13 tahun

Remaja mengaku salah rogol pelajar 13 tahun

PARIT BUNTAR – Seorang remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan merogol pelajar perempuan berusia 13 tahun, bulan lalu.

Tertuduh berusia 17 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun lima bulan di sebuah rumah di sini, kira-kira pukul 1.10 tengah hari, 7 Mei 2022.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ng Yan Ni manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Muhammad Syaiful Akmal membenarkan remaja itu diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Julai ini bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan.

Bapa suspek turut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Taiping hari ini bagi pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKKSKK). K Online

Remaja mengaku salah rogol pelajar 13 tahun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cik Non Viral meninggal dunia (video)

“Kau Ada Kaki,Tangan Pergilah Cari Kerja. Tolong Sedar Diri, Dah Miskin Buat Cara Miskin” – Zarina Anjoulie

#MeleTOP: 24 jam selepas Viral..ini keadaan terkini Restoran 35..memang tak sangka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker