Pening kena balun, Peja mohon maaf atas kenyataan bodoh



PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengakui sokongan ‘ekor’ Harimau Malaya selaku pemain ke-12 sangat penting menjelang aksi terakhir Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia 2023 menentang Bangladesh malam ini.

Sebagai rekod, Peja telah dikecam hebat semalam susulan laporan yang menyatakan beliau menyalahkan sorakan penyokong sebagai salah satu punca kekalahan ketika bertemu Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu lepas.

Kata Faizal, kenyataan yang diberikan pada sidang media di Perak mengenai sokongan penyokong telah disalah ertikan.

“Sorakan dan sokongan penyokong sebagai pemain ke-12 amat penting dan amat dihargai.

“(Bila dah kena balon, saya pun pening). Cakap-cakap bola saya sebelum ini telah disalah erti. Ampun dan maaf atas kesilapan saya,” ciapnya menerusi akaun Twitter rasmi tengah malam tadi.




Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia telah mengesahkan jualan tiket skuad Harimau Malaya menentang Bangladesh telah terjual sebanyak 30,718 setakat pukul 9 pagi tadi.

Skuad negara wajib mengutip tiga mata penuh untuk mencerahkan peluang layak ke pentas Piala Asia 2023 secara merit buat kali pertama dalam tempoh 43 tahun.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929




CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Antara Artis Yang Rela Pilih Jadi Murtad Demi Cinta!

“Kau Ada Kaki,Tangan Pergilah Cari Kerja. Tolong Sedar Diri, Dah Miskin Buat Cara Miskin” – Zarina Anjoulie

#MeleTOP: 24 jam selepas Viral..ini keadaan terkini Restoran 35..memang tak sangka



Leave a Reply

Your email address will not be published.