Fouziah Gous mahu muncul semula tapi…

Fouziah Gous mahu muncul semula tapi…

DRAMA Sara Sajeeda yang ditayangkan pada 2019 merupakan lakonan terakhir Datin Fouziah Gous selepas fokusnya beralih kepada perniagaan minuman kesihatan sarang burung.

Ujar Fouziah,39, dia terpaksa melupakan seketika dunia seni memandangkan bisnes yang diusahakan itu memerlukan tumpuan sepenuh masa.



“Saya akui memang dah agak lama tak muncul di televisyen sebab saya kini beri fokus pada perniagaan. Ketika saya aktif berlakon dulu, sayalah orang yang memulakan perniagaan atas talian.

“Awal perniagaan memang perlukan masa, tenaga dan jiwa saya. Terlalu banyak ‘efforts’ yang perlu saya berikan sebab tak banyak rujukan seperti sekarang ini.

“Kalau saya terima tawaran lakonan, memang agak sukar sebab komitmen bisnes amat memerlukan saya dan adakalanya pada sebelah malam saya masih berada di pejabat,” katanya kepada URTV.

Fouziah ditemui pada sidang media Minggu Usahawan Negara 2022 dan Starvendors Kedah Raya Fest 2022 di Grnd Malaysia Bazaar @ Lalaport, Bukit Bintang City Centre (BBCC), baru-baru ini.



Pun begitu, jauh disudut hati ibu kepada dua cahaya mata ini amat merindui dunia lakonan yang menaikkan namanya satu ketika dulu.

“Bukan tak nak berlakon tapi sejujurnya saya rindu sangat nak berlakon. Cuma, itulah tiada masa.

“Tawaran sentiasa ada. Saya terima untuk jadi tetamu dalam program sebab ia tak memerlukan komitmen masa yang lama.

“Sebelum ini pun saya ada jadi tetamu undangan Sepahtu Raya. Benda-benda begitulah yang akan saya terima untuk ubati kerinduan muncul di televisyen.



“Kalau bercakap tentang drama atau filem, saya sangat selektif. Saya mahu jalan cerita naskhaha itu memberi impak pada diri saya,” tuturnya. Utv

Fouziah Gous mahu muncul semula tapi…


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY



BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker