Siapa penentu tarikh bubar Parlimen?

KEBELAKANGAN ini ramai berbincang pasal pembubaran awal Parlimen dan persoalan timbul siapa penentu tarikh Pilihan Raya Umum (PRU). Satu-satunya penentu tarikh PRU ialah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bukan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong seperti yang disalahfaham oleh sesetengah pihak.

Peruntukannya berada dalam Perkara 55 (4) yang berbunyi: “Apabila Parlimen bubar suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh ia bubar dan Parlimen hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada satu ratus dua puluh hari dari tarikh itu.”

Ini kerana persediaan termasuk proses pengeluaran writ dan penamaan mengambil masa, SPR biasanya mengambil sekurang-kurangnya 3-4 minggu selepas pembubaran untuk menjalani pengundian. Kecuali jika Perlembagaan dilanggar, SPR sendiri saja yang menentukan tarikh PRU selepas tarikh pembubaran Parlimen ditentukan.



Siapa pula penentu tarikh pembubaran Parlimen? Penentu default ialah Perlembagaan Persekutuan sendiri.

Perkara 55(3) memperuntukkan bahawa ‘melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.’ Maka, untuk Parlimen ke-14, tarikh pembubaran ialah 16 Julai 2023.

Sungguhpun pembubaran automatik selepas genap penggal tidak pernah berlaku dalam sejarah, kita tidak harus lupa ini adalah penetapan default.

Untuk pembubaran awal, penentu keduanya ialah Seri Paduka Bagiinda Yang di-Pertuan Agong. Tanpa restu baginda, Parlimen tidak boleh dibubar awal. Ini memang budi-bicara mutlak baginda.



Peruntukannya di Perkara 40(2)(b) yang berbunyi: “Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut iaitu: (a) melantik seorang Perdana Menteri; (b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen; (c) ….”.

BAHAYA SALAH FAHAM

Perhatikan perkataan ‘tidak’ dalam perenggan (b). Ini bermakna pembubaran awal TIDAK boleh berlaku tanpa restu baginda, tetapi pembubaran awal juga TIDAK boleh berlaku dengan restu baginda sahaja. Malah, Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan peranan untuk baginda mencadangkan sama ada pembubaran harus diawalkan daripada tarikh ditetapkan oleh Perkara 55(3).

Siapa yang berkuasa pula untuk mencadangkan pembubaran awal untuk diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda?



Jawapannya Perdana Menteri, penentu ketiga dan paling penting. Sama ada Perdana Menteri membuat keputusan keseorangan, atau selepas perbincangan dengan kabinet atau partinya, Perlembagaan senyap, maksudnya ini akan ditentukan oleh Perdana Menteri atau kovensi perlembagaan.

Ada lagi sesiapa yang diberi kuasa oleh Perlembagaan sebagai penentu keempat untuk mendesak Perdana Menteri untuk membubarkan parlimen lebih awal?

Ada, penentu keempat ialah majoriti ahli Dewan Rakyat. Peruntukannya di Perkara 43(4): “Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.”

Satu cara untuk memaksa Perdana Menteri untuk membubar awal Parlimen ialah mengemukakan satu undi tidak percaya terhadap beliau. Sekiranya berjaya, maka Perdana Menteri mesti memilih di antara pembubaran Parlimen atau peletakan jawatan.



Bahaya kalau kita salah faham bahawa pembubaran awal Parlimen itu adalah default dan kuasa di tangan Raja seolah-olah Malaysia sistem raja mutlak. Sistem kita boleh dirapikan dengan mengehadkan kuasa Perdana Menteri memohon pembubaran awal atau kuasa Parlimen menarik balik kepercayaan kepada Perdana Menteri tanpa menyentuh kuasa Seri Paduka Baginda yang sebenarnya responsif dan bukan inisiatif.

*Prof Wong Chin Huat ([email protected]) seorang ahli sains politik yang khusus dalam sistem pilihanraya, politik parti dan demokrasi berparlimen.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker