Kami bukan gay

Kami bukan gay

Jakarta: Disangkakan pasangan gay, suami isteri menjadi bualan di media sosial selepas memuat naik video mereka di Tik Tok.

Detik.com melaporkan mereka juga diundang menjadi tetamu rancangan televisyen selepas netizen menyangka mereka adalah pasangan sejenis.

Keadaan itu menjadikan mereka gusar kerana mula menerima kecaman dan komen negatif daripada netizen.

Bagaimanapun, mereka segera menafikan tuduhan itu dan memberikan penjelasan.

“Hairan apabila orang anggap kita pasangan sama jenis. Sedangkan kita bernikah secara sah di Indonesia,” kata mereka menerusi akaun TikTok @haloakuniahhh.

Pasangan itu memberikan bukti bahawa mereka bukan pasangan sejenis dengan menunjukkan buku nikah.

Mereka juga mempamerkan cincin yang ada di tangan masing-masing.

Kurniati atau Nia juga berkongsi video mengenai penampilannya untuk menjawab persoalan ramai pihak.

Wanita itu mengubah penampilannya sebelum bernikah dengan Bimo kerana pernah melalui pengalaman yang membuatkannya trauma.

Setiap hari, ketika berada di khalayak ramai, dia sering dianggap sebagai seorang lelaki terutamanya di dalam tren.

Dia diminta untuk tidak berada di koc wanita dan kejadian itu turut dikongsikannya di TikTok.

Video penjelasannya dikongsikan, baru-baru ini, dan mendapat sokongan daripada netizen.

Ada juga netizen yang turut memberikan pelbagai cadangan.

“Saya mengikutinya. Bermula daripada berpisah (sehingga) memutuskan untuk bernikah. Semangat Nia,” kata seorang netizen. HM

Kami bukan gay


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘119 Tak Dapat Sekarang, Boleh Cuba Tekan Butang’ – Najib

Elaun Pengerusi GLC RM1 juta sebulan, saya fikir melampau

Netizen Tegur Sarah Hildebrand Selamba Belanja Foto Pakai Coli Dengan Boxer Di IG

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker