PH Dan PN Punca Hutang Negara Naik Lagi Laju Berbanding Saiz Ekonomi

Oleh Nurul Aisyah

SEBELUM Pilihan Raya Umum ke 14(PRU14), Pakatan Harapan(PH)berkempen agar mereka diberi peluang memerintah bagi membuktikan bahawa mereka mampu memerintah negara dengan lebih baik dari Barisan Nasional(BN). Rupa-rupanya setelah rakyat beri peluang PH memerintah, mereka telah merosakkan kestabilan politik dan ekonomi negara sehingga rakyat merana dan menderita.

PH dan Perikatan Nasional(PN) punca Hutang Negara naik lagi laju berbanding saiz ekonomi. Nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) naik mencanak dari 50% ke 61.9% pada akhir suku pertama tahun 2022 ini.

Jika kita bandingkan purata kadar dividen, prestasi Bursa Malaysia, nilai aset bersih Khazanah Nasional serta purata gaji pekerja pembinaan, ianya jelas kelihatan bahawa keadaan ekonomi dan kewangan dalam tempoh masa Datuk Seri Najib jadi PM adalah jauh lebih elok berbanding tempoh selepas PRU14.

Penyokong PH cuba menafikan perkara ini dengan alasan bahawa ianya tak adil untuk bandingkan tempoh selepas PRU14 yang ada Covid dengan tempoh Najib jadi PM.

Mungkin ramai yang terlepas pandang yang ketika zaman Najib ada “the Great Global Recession” yang merupakan krisis ekonomi global paling teruk sejak tahun 1930an dan juga “the great oil price crash” iaitu tempoh kejatuhan harga minyak dunia sebanyak 80%.

Memandangkan prestasi pasaran saham merupakan pengukur keyakinan serta pengukur prestasi ekonomi sesebuah ekonomi, adakah sesiapa boleh beritahu kenapa prestasi Bursa Malaysia sejak 5 tahun lalu selepas PRU14 di bawah kerajaan PH dan PN adalah antara paling teruk dalam dunia?

Negara-negara lain tak ada Covid ke? Adakah hanya Malaysia sahaja yang terkesan?

Kenapa dulu sebelum PRU14, pasaran saham Malaysia merupakan pasaran saham dengan tempoh menaik paling panjang di dunia (world’s longest bullrun market) dan mencapai paras tertinggi 1,896 point dalam sejarah pada bulan April 2018 sebelum PRU14.

Namun selepas PRU14, pasaran saham Malaysia jadi antara yang paling teruk pula?

Semua rakyat Malaysia tahu bahawa PH dan PN merupakan punca ketidakstabilan politik di negara kita sehingga menyebabkan pelabur hilang keyakinan. Prestasi buruk pemerintahan PH dan PN penyumbangterbesar krisis ekonomi di negara kita.

Akhirnya hutang negara naik dengan kadar lagi laju berbanding saiz ekonomi. Itu adalah penanda aras kegagalan pemerintahan PH dan PN.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker