Perkhidmatan Isham Jalil ditamatkan BN Selangor

Perkhidmatan Isham Jalil ditamatkan BN Selangor

Saya telah dimaklumkan hari ini bahawa perkhidmatan saya sebagai Ketua Penerangan Barisan Nasional Negeri Selangor telah ditamatkan berkuatkuasa serta merta.

Berdasarkan surat daripada Barisan Nasional Selangor yang dilampirkan di bawah, ini adalah kerana jawatan Ketua Penerangan Barisan Nasional negeri tidak termaktub di dalam Perlembagaan Barisan Nasional.



Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama dan berjuang bersama saya sepanjang tempoh perkhidmatan saya sebagai Ketua Penerangan Barisan Nasional Negeri Selangor.

Perjuangan kita belum selesai, oleh itu saya mohon agar tuan-tuan dan puan-puan meneruskan perjuangan dan usaha ini walaupun saya tidak lagi berada di kepimpinan BN negeri. Saya akan bantu sebaik mungkin dengan apa yang termampu walaupun tanpa apa-apa jawatan, dan berjuang sebagai ahli biasa seperti sebelum ini.

Semoga Allah SWT memberkati perjuangan kita. Sekiranya kita ikhlas, istiqamah dan sabar, Allah SWT akan bantu dan berikan kita kejayaan demi masa depan negara dan anak cucu kita semua, InshaAllah.

Sekian. Terima kasih.



Salam.
ISHAM JALIL
8 Jun 2022

Perkhidmatan Isham Jalil ditamatkan BN Selangor


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anna Jobling trending ke luar negara

16 ciri terbaharu Apple yang anda perlu tahu



Rider ‘mat saleh’ persoal jalan raya Malaysia banyak lubang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker