Bukan tugas polis bantu mangsa scam dapat balik wang

Bukan tugas polis bantu mangsa scam dapat balik wang

Seorang pegawai kanan polis menyangkal tanggapan bahawa menjadi tanggungjawab polis untuk membantu mangsa penipuan mendapatkan semula wang mereka.

Undang-undang sedia ada tidak memberi kuasa kepada polis untuk berbuat demikian, katanya mengulas laporan berita mengenai pereka grafik Shahrul Ashraf Sallehuddin yang berjaya menjejak seorang “scammer” malah memaksanya memulangkan wang miliknya dan sembilan mangsa lain.

Menurut Shahrul, pihak berkuasa memaklumkannya mereka tidak dapat menjejak individu itu dan “sukar untuk mendapatkan semula wangnya”.

Pegawai itu, ketua sebuah jabatan siasatan jenayah komersial daerah yang enggan namanya didedahkan berkata: “Tugas polis adalah untuk menahan, menyiasat dan mendakwa suspek selepas menerima arahan daripada timbalan pendakwa raya. Polis tidak boleh bertindak sendiri.

“Saya faham mangsa mahu wang mereka dikembalikan. Kalau saya jadi mangsa, saya pun begitu, tetapi kita kena ikut undang-undang.”

Katanya, polis sering dipersalahkan apabila mangsa gagal mendapatkan kembali wang mereka. Tambahnya, orang awam juga sering keliru antara “keldai akaun” dan “scammer”.

“Mereka yang menipu tidak semestinya ‘scammer’, sebaliknya mungkin sekadar ‘keldai akaun’. Mereka benarkan orang lain guna akaun mereka, dan tindakan ini jelas menyalahi undang-undang.

“‘Scammer’ bukanlah bodoh dan tidak akan guna akaun bank sendiri. Ini bererti apabila seorang suspek ditahan, ‘scammer’ berkenaan mungkin masih bebas,” katanya.

Sementara itu, aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Nadzim Johan berkata, polis patut memperbaiki cara mereka menangani kes penipuan.

“Perlu ada perubahan dalam sikap segelintir pegawai penyiasat apabila mengendalikan kes seperti itu. Mereka perlu menunjukkan mereka prihatin dan menyiasat kes itu habis-habisan,” katanya.

Beliau memberitahu FMT, persatuannya telah membantu puluhan mangsa yang menemui jalan buntu selepas cuba mendapatkan bantuan pihak berkuasa.

“Ini menunjukkan bahawa kes-kes berkenaan boleh diselesaikan,” katanya. FMT

Bukan tugas polis bantu mangsa scam dapat balik wang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘119 Tak Dapat Sekarang, Boleh Cuba Tekan Butang’ – Najib

Elaun Pengerusi GLC RM1 juta sebulan, saya fikir melampau

Netizen Tegur Sarah Hildebrand Selamba Belanja Foto Pakai Coli Dengan Boxer Di IG

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker