RUU anti-lompat parti dibentang pada sidang khas Julai

RUU anti-lompat parti dibentang pada sidang khas Julai

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) untuk menimbang rang undang-undang (RUU) yang bertujuan melarang ahli parlimen daripada menukar parti telah menyelesaikan tugasnya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi PSSC yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata semua lima persoalan dasar yang dibangkitkan oleh Jemaah Menteri pada 1 Jun lalu telah diulas dan dijawab, semalam.

“Maklum balas Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkaitan perkara ini akan dibawa semula sebagai suatu Nota Jemaah Menteri dalam mesyuarat Jemaah Menteri akan datang,” kata Wan Junaidi.

Jemaah Menteri dijadualkan bermesyuarat pagi ini. Wan Junaidi tidak menyatakan bila nota itu akan dibentangkan.

Dia berkata PSSC bagaimanapun memutuskan untuk mengesyorkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk mengadakan mesyuarat khas Parlimen pada minggu pertama bulan Julai ini.

Mesyuarat kedua Dewan Rakyat tahun ini telah pun dijadualkan pada 18 Julai sehingga 4 Ogos.

Wan Junaidi berkata PSSC akan bermesyuarat bagi kali terakhir dalam masa terdekat untuk mengesahkan Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas. Dia tidak menyatakan tarikh berkenaan.

Undang-undang untuk menyekat ahli parlimen daripada bertukar parti adalah komponen teras perjanjian keyakinan-dan-penawaran Ismail Sabri dengan pemimpin Pakatan Harapan.

Selepas beberapa pusingan rundingan, RUU itu akhirnya ditetapkan untuk dibentangkan pada 11 April. Bagaimanapun, kabinet, pada minit-minit terakhir, secara drastik mengubah kandungan RUU itu.

Susulan itu, Dewan Rakyat menubuhkan PSSC untuk memperhalusi RUU itu supaya boleh dibentangkan semula. Mk

RUU anti-lompat parti dibentang pada sidang khas Julai


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anna Jobling trending ke luar negara

16 ciri terbaharu Apple yang anda perlu tahu

Rider ‘mat saleh’ persoal jalan raya Malaysia banyak lubang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker