Sarawak benarkan penjawat awam guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi

Sarawak benarkan penjawat awam guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi

Perkhidmatan awam Sarawak akan terus menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi bersama-sama dengan bahasa kebangsaan, kata Premier Sarawak Abang Johari Openg.

Beliau berkata, pendirian itu adalah mengikut Perlembagaan Sarawak yang mana kedua-dua bahasa boleh digunakan dalam urusan rasmi.

“Saya harap jangan ini jadi polemik. Sarawak, mempunyai pendirian sendiri…sila terus gunakan bahasa Inggeris. ‘Sik kenak penalty’ (tidak akan dihukum kerana menggunakan bahasa Inggeris). Penjawat awam Sarawak, anda boleh menggunakan bahasa Inggeris. Penjawat awam persekutuan, saya tidak tahu kerana tuan kamu berbeza,” katanya.

Beliau berkata, walaupun sesetengah pihak merujuk kepada kisah kejayaan Jepun disebabkan mereka bertutur dalam bahasa Jepun tetapi pelajar dari negara itu masih perlu belajar bahasa Inggeris apabila menuntut di Eropah atau Amerika Syarikat.

“Sama ada anda suka atau tidak, untuk memperoleh teknologi dan pengetahuan terkini anda mesti menguasai bahasa Inggeris dengan baik untuk memahami apa yang berlaku di seluruh dunia,” katanya ketika berucap pada majlis jamuan malam meraikan ulang tahun ke-50 Yayasan Sarawak di sini, malam tadi.

Pada 24 Mei lalu, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Mohd Zuki Ali berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan meneliti tindakan yang boleh diambil ke atas pihak mengambil mudah arahan berkaitan pemerkasaan penggunaan bahasa kebangsaan dalam perkhidmatan itu. FMT

Sarawak benarkan penjawat awam guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘119 Tak Dapat Sekarang, Boleh Cuba Tekan Butang’ – Najib

Elaun Pengerusi GLC RM1 juta sebulan, saya fikir melampau

Netizen Tegur Sarah Hildebrand Selamba Belanja Foto Pakai Coli Dengan Boxer Di IG

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker