Formula agihan kerusi Umno-PAS di Selangor tidak lagi terpakai – Noh


Formula agihan kerusi Umno-PAS di Selangor tidak lagi terpakai – Noh

Formula pengagihan kerusi antara Umno dengan PAS di Selangor tidak lagi sah kerana parti itu sekarang sudah menjadi sebahagian daripada Perikatan Nasional (PN), kata Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar.

Dalam wawancara dengan Utusan Malaysia, Noh berkata masa depan dan kerjasama mereka dalam gabungan itu di Selangor akan ditentukan oleh pucuk pimpinan parti.

“Itu dulu, betul masa Muafakat Nasional (MN) dulu. Tetapi sekarang ini bila dah PAS dah masuk PN, jadi formula ini kita tidak boleh pakai lagilah.

“Apa-apa terpulang kepada pucuk pimpinanlah. Kalau MN tak ada dah besok, tak adalah pakai formula ini.

“Kalau kata kita pergi solo, kita ikutlah,” katanya.

Pendirian semasa Noh berhubung pakatan dengan PAS adalah berbeza besar berbanding kenyataan yang dibuatnya sekitar awal Mei.

Sebelum ini, dia berkali-kali menyatakan bahawa Umno dan PAS tidak sepatutnya bertembung di Selangor demi meningkatkan peluang BN untuk kembali merampas kuasa di negeri terkaya di negara itu.

BN telah kehilangan kuasa di Selangor selama tiga penggal berturut-turut.

Utusan Malaysia melaporkan, terdapat persetujuan formula MN Selangor bahawa mana-mana kerusi dimenangi atas tiket Umno tetapi calonnya meninggalkan parti dengan menyertai Bersatu, kerusi berkenaan wajib diserahkan semula kepada Umno.

Ini termasuk kerusi yang disandang oleh wakil rakyat yang telah berpaling tadah.

Bagi kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) pula, MN meletakkan calon berdasarkan undi kedua tertinggi diperoleh sama ada oleh Umno atau PAS pada PRU14.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tanjong Karang yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu berkata, tanggapan pihak tertentu bahawa Umno Selangor cenderung mengambil pendekatan melawan arus dengan meneruskan kerjasama dengan PAS bagi mengukuhkan MN adalah tidak benar.

“Tak ada siapa melawan arus. Lain-lain negeri pun berkawan elok sahaja. Sebab kita di Selangor memang sudah rapat, kita kawan macam biasa.

“Keputusan muktamad kita akan tunggu daripada pucuk pimpinan, tetapi kita dari segi kawan dan hubungan silaturahim, kita buat kerjasama. Apa salahnya, kalau hari raya dia datang, kalau ada program dia nak datang, datanglah,” katanya lagi. Mk

Formula agihan kerusi Umno-PAS di Selangor tidak lagi terpakai – Noh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anna Jobling trending ke luar negara

16 ciri terbaharu Apple yang anda perlu tahu

Rider ‘mat saleh’ persoal jalan raya Malaysia banyak lubang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker