Kantoi ambil dadah selepas tikam punggung kekasih

Kantoi ambil dadah selepas tikam punggung kekasih

Pergaduhan pasangan kekasih warga Singapura yang berakhir dengan si gadis ditikam di punggung, membongkar kegiatan penagihan dadah ketika mereka berkunjung ke Johor, Selasa lalu.

Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat, berkata kegiatan pasangan itu dibongkar apabila polis menerima aduan mengenai pergaduhan antara mereka di sebuah pangsapuri di Mount Austin, Johor Bahru.

Katanya, dalam kejadian itu pasangan berusia 34 dan 29 tahun didakwa bertengkar sebelum suspek lelaki bertindak agresif dengan mengambil pisau dan menikam punggung kanan teman wanitanya.

“Kedua-dua mereka kemudian ditahan yang mana polis mendapati pasangan itu positif dadah,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Kamarul berkata, kedua-dua suspek didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau mengingatkan orang awam terutama pengunjung warga asing sentiasa menghormati undang-undang di negara ini.

“Kita mengalu-alukan kedatangan pelancong antarabangsa ke negeri ini, tetapi kita harap semua dapat menjaga keharmonian dan menghormati undang-undang sedia ada.

“Sekiranya ingkar, saya ingin mengingatkan polis tidak akan berkompromi dan akan mengenakan tindakan tegas jika mereka melanggar undang-undang,” katanya.

Sementara itu, Kamarul menafikan laporan portal dan media sosial Singapura yang menyenaraikan beberapa lokasi di Johor Bahru sebagai kawasan berbahaya terutama kepada pengunjung dari republik berkenaan.

“Ada media asing tidak bertanggungjawab dan menuduh Johor tidak selamat dengan menyebarkan beberapa lokasi yang didakwa berbahaya, saya menafikan tuduhan itu.

“Sejak pembukaan sempadan April lalu, seramai 1,600 pegawai dan anggota ditugaskan bagi meningkatkan kawalan di 41 lokasi tumpuan ramai di seluruh negeri,” katanya. FMT

Kantoi ambil dadah selepas tikam punggung kekasih


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker