Jasmin Hamid Kena Serangan Jantung

Jasmin Hamid Kena Serangan Jantung

Tular di media sosial di mana pelakon berbakat, Jamin Hamid dikejarkan ke hospital kerana mengalami serangan jantung. Berita mengejutkan ini dikongsikan sendiri oleh suami Jasmin, Nazmir Abd Rahim menerusi Instagram milik isterinya.

Kena Serangan Jantung Masuk CCU
Nazmir mengumumkan bahawa isterinya kini berada di wad Unit Penjagaan Kritikal (CCU) kerana mengalami serangan jantung buat pertama kali semalam.



“Assalamualaikum semua. Saya suami Jasmin nak bagitahu keadaan terkini Jasmin. Sekarang beliau berada di wad CCU, bukan ICU kerana serangan jantung semalam untuk pertama kali.” Umum Nazmir

Keluarga Ada Sejarah Jantung
Menerusi hantaran yang dikongsikan Nazmir pagi tadi, dia mendedahkan bahawa keluarga isterinya itu mempunyai sejarah sakit jantung.

“Keluarga beliau ada sejarah jantung. Tekanan darah dan degupan jantung agak rendah dan doktor terpaksa berikan bantuan ubat untuk pam darah ke jantung.” Dedahnya

Sebelum menutup coretan, Nazmir meminta agar orang ramai mendoakan kesihatan isterinya agar dipanjangkan usia dan pulih secepat mungkin.



“Pada yang sayangkan beliau, mohon panjatkan doa untuk Allah panjangkan usianya dan di berikan kesembuhan seperti sediakala secepat mungkin. Terima kasih semua.” Pintanya

Kita mendoakan agar Jasmin Hamid segera pulih dan kembali sihat seperti sediakala. Mr

Jasmin Hamid Kena Serangan Jantung


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin



Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker