‘Suami Isteri Kena Tolak Ansur’ – Raja Azmi [VIDEO]

‘Suami Isteri Kena Tolak Ansur’ – Raja Azmi [VIDEO]

Penerbit filem dan pelakon, Raja Azmi, 62, mengaku dia menanggung suaminya yang juga pemuzik, Mohd Eddie Ghazali, 53, sejak dua tahun lalu.

Raja Azmi berkata, sumber pendapatan Eddie yang juga bekas pemain bass kumpulan CRK terjejas berikutan penularan Covid-19 sejak lebih dua tahun lalu.

“Suami menjaga bapanya sakit. Tidak lama selepas itu bapanya meninggal dunia. Itu percaturan Allah SWT buat dirinya. Dia kini merencana perjalanan kerjaya memandangkan sektor pekerjaannya bakal kembali beroperasi Jun ini.

“Dia adalah pemuzik di kelab yang semuanya ditutup sepanjang tempoh sekatan sebelum ini. Jadi, buat masa ini tugasnya adalah menemani saya ke mana-mana majlis atau acara.

“Suami isteri seharusnya hidup bertolak ansur. Ketika dia susah, saya tolong. Mana tahu jika dia berjaya nanti, dia pula yang menanggung saya,” katanya.

Melayari kehidupan berumah tangga pada usia yang semakin meningkat, Raja Azmi atau lebih mesra dengan sapaan Kak Mi menyifatkan suaminya sebagai seorang yang romantik dan bertanggungjawab.

“Masuk usia semakin senja ini, tiada apa yang saya harapkan selain kebahagiaan hingga hujung nyawa. Suami saya semakin hari semakin romantik.

“Dalam 10 perkara, hanya satu kekurangannya. Jadi kenapa tidak tutup sebelah mata dan melihat kebaikannya. Malah, kita sendiri pun tidak sempurna,” katanya.

Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, filem seram terbitannya, Jerangkung Dalam Almari bakal ditayangkan Ogos ini.

“Syarikat saya baru menyiapkan filem arahan Shadan Hashim itu. Antara pelakonnya ialah Datuk Adi Putra, Hasnul Rahmat, Sophia Albarakbah, Anne Abdullah dan Wan Hanafi Su,” katanya.-HM

‘Suami Isteri Kena Tolak Ansur’ – Raja Azmi [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker