Rumah berhantu pencetus inspirasi The Conjuring dijual RM6.57 juta

GAMBAR menunjukkan rumah berhantu itu yang terletak di Rhode Island, Amerika Syarikat. – Kris Craig/The Providence Journal/USA Today Network

WASHINGTON – Sebuah rumah di Rhode Island, Amerika Syarikat (AS) yang menjadi ilham kepada filem seram, The Conjuring berjaya dijual pada harga kira-kira AS$1.5 juta (RM6.57 juta), lapor laman berita India Today semalam.

Hartanah yang dibina pada tahun 1726 itu dianggap antara rumah yang paling berhantu di AS.

Menurut akhbar Wall Street Journal (WSJ), Andrea Perron berkata, keluarganya mengalami beberapa kejadian menyeramkan ketika tinggal di rumah itu dari tahun 1971 hingga 1980.

Keluarga Perron menyaksikan kejadian termasuk ibunya yang sudah tua terapung di udara selain dia sendiri pernah ditampar entiti tidak dikenali.

Selepas mengetahui mengenai kejadian luar biasa di rumah itu, penyiasat paranormal popular, Ed dan Lorraine Warren menawarkan diri untuk membantu keluarga itu.

Pasangan penyiasat paranormal lain, Jenn dan Cory Heinzen kemudian membeli rumah itu dengan harga AS$439,000 (RM1.9 juta) pada 2019. Mereka menyenaraikan penjualan rumah itu pada September tahun lalu.

Rumah itu kini dimiliki oleh seorang pemaju hartanah, Jacqueline Nunez.

“Saya percaya rumah itu memilih Nunez dengan cara yang sama ia memilih kami. Ia mahukan cahayanya,” kata Andrea Perron.

Pasangan itu telah mengumumkan penjualan rumah itu di laman Facebook. Mereka memaklumkan telah menerima 10 tawaran setelah menawarkan penjualan rumah berkenaan. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker