Bekas Menteri Sabah dipenjara 3 tahun

Peter Anthony didapati bersalah atas pertuduhan memalsukan surat daripada pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak kerja penyelenggaraan sistem.

KUALA LUMPUR: Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony dihukum penjara tiga tahun selepas didapati bersalah atas pertuduhan memalsukan surat daripada pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak kerja penyelenggaraan sistem.

Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi turut menjatuhkan hukuman denda RM50,000 terhadap ADUN Melalap itu atau penjara 15 bulan lagi sekiranya gagal membayar denda.

Azura berkata beliau membuat keputusan itu selepas mempertimbangkan hujah pembelaan dan pendakwaan.

Beliau turut membenarkan permohonan Peter untuk penangguhan hukuman penjara sementara menunggu keputusan rayuannya di Mahkamah Tinggi.



“Bagaimanapun, tertuduh mesti membayar denda hari ini. Ikat jamin RM50,000 terhadapnya dikekalkan,” katanya.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana memalsukan dokumen bagi tujuan menipu yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]



Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker