Remaja 14 tahun teresak-esak selepas disabit membunuh

AVA White, 12, dibunuh pada 25 November tahun lalu. – Tim Stewart News Limited

LONDON – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dari Liverpool, England menangis teresak-esak ketika didapati bersalah kerana menikam seorang pelajar perempuan berumur 12 tahun sehingga mati, lapor akhbar The Sun, kelmarin

Tertuduh dengan identiti yang tidak didedahkan itu telah menikam Ava White, sehingga mati di pusat bandar Liverpool sekitar pukul 8.30 malam (waktu tempatan) pada 25 November tahun lalu.

Dia bagaimanapun ada memberitahu polis sebelum ini bahawa akan terlepas daripada tuduhan ketika disoal siasat.

Berdasarkan perbicaraan di mahkamah, mangsa bersama kawan-kawannya dikatakan telah bertengkar dengan tertuduh dan tiga rakannya kerana telah merakam video mereka pada aplikasi Snapchat.



Mangsa bertengkar dengan tertuduh kerana merakam video tanpa kebenaran. Rakan-rakan mangsa berkata, tertuduh turut tersenyum selepas menikamnya di lorong sebuah sekolah lalu melarikan diri.

Tertuduh mengaku telah menikam mangsa, namun menurutnya, tindakan itu dilakukan secara tidak sengaja untuk mempertahankan diri ketika cuba menakut-nakutkan mangsa.

Dia selain itu turut mengaku memiliki sebilah pisau bersaiz 7.5 sentimeter, tetapi menafikan pembunuhan.

Hakim di Mahkamah Diraja Liverpool kemudian mengesahkan bahawa tertuduh didapati bersalah kerana melakukan pembunuhan.



Lebih 20 ahli keluarga mangsa bersorak tanda syukur ketika hakim membacakan keputusan. Menerusi satu rakaman video, tertuduh dilihat menundukkan kepalanya sambil menangis teresak-esak. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]



Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker