Caj potong ayam naik jadi RM1.50

Gambar Hiasan***

 

SEBERANG PERAI – Peniaga ayam di Pasar Awam Kepala Batas terpaksa mengenakan caj memotong ayam sebanyak RM1.50 seekor sebagai alternatif bagi menampung kos pengeluaran yang terpaksa ditanggung sebelum ini.

Seorang peniaga, Fazliana Abdul Hamid, 46, berkata, caj itu susulan kekurangan bekalan ayam mentah dari pembekal sejak bulan puasa lalu sehingga mengakibatkan pendapatannya terjejas.

“Memang terpaksa buat (caj memotong ayam). Sebab kalau diikutkan memang tak balik modal langsung.

“Modal yang kami keluarkan untuk beli seekor ayam dengan penternak RM9.10 sekilogram (kg), manakala harga siling yang ditetapkan sehingga 15 Jun ini adalah RM8.90 perkg,” jelasnya.

Tambah Fazliana, bekalan ayam juga semakin hari semakin terhad mengakibatkan bekalan hanya diperolehi separuh daripada sebelum ini.

Sementara itu, seorang pekerja yang mengambil upah memotong ayam dikenali sebagai Rahman, 45 berkata jika keadaan tersebut berlarutan, ia akan memberi kesan ke atas pendapatannya.

“Harap pihak berwajib dapat selesaikan isu ini secepat mungkin kerana bukan sahaja pengusaha ayam terjejas, malah pekerja di bawahnya juga turut terkesan,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan sejak awal bulan ini bekalan ayam ketika ini sangat terhad di pasaran disebabkan beberapa ladang menghentikan operasi di ladang.

Keadaan itu menyebabkan peniaga menerima bekalan yang sikit setiap hari sehingga menjejaskan pengguna.

Di pasar borong Chow Kit, Kuala Lumpur pula, peniaga ayam, Latif Tarmizi, 24, berkata, dia ha­nya menjual ayam kepada pelanggan tetap sahaja disebabkan bekalan yang diterima sangat terhad.

“Dulu lebih 200 ekor ayam boleh jual sehari, sekarang kadang-kadang terima 80 ekor sahaja,” ujarnya.

Bagi Salman Muhammad, 52, pula berkata, bekalan ayam berkurangan mungkin disebabkan dedak ayam yang mahal. “Tolonglah selesaikan isu ini cepat,” keluhnya.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker