‘Saya Dah Tua, Malu Saya Dengan Tuhan Kalau Buat Provokasi Itu’ [VIDEO]
‘Saya Dah Tua, Malu Saya Dengan Tuhan Kalau Buat Provokasi Itu’ [VIDEO]
Shah Alam: Warga emas yang tular dipukul lelaki di jalan raya berhampiran jejantas di Padang Jawa, dekat sini, Ahad lalu, membuat keputusan memaafkan pemuda terbabit.Pada
Zainol Din Hussain, 61, berkata, walaupun insiden berkenaan memberi kesan kepada kesihatannya yang mana dia mengalami kecederaan di muka, badan serta tulang rusuk, dia berlapang dada memaafkan pemuda berusia 23 tahun itu.
“Saya seikhlas hati memohon maaf sekiranya ada silap saya dan saya berlapang dada untuk memaafkan dia kerana tidak ingin kejadian ini berulang lagi pada masa akan datang.
“Saya juga merasa sedih dengan apa yang dilakukannya yang mana dia baru berusia 23 tahun iaitu di peringkat umur anak saya.
Walaupun saya sedia memaafkannya, perkara ini saya serahkan kepada pihak polis untuk tindakan sewajarnya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
“Secara jujur saya tak buat benda tu dan saya juga tanyakan kepada isteri yang ada bersama adakah saya buat sedemikian secara tidak sengaja kepada pemuda itu dan dia kata tidak ada,” katanya.
Mengulas lanjut, pesara swasta itu juga menafikan bahawa dia memanggil penduduk kampung untuk memukul pemuda itu.
Katanya, orang kampung kenal dengannya yang sudah 30 tahun tinggal di kampung di situ dan ketika itu mereka cuba menyelamatkannya daripada terus dipukul.
“Saya memang tiada masa hendak panggil orang kampung masa tu. Kejadian terlalu pantas dan di luar kawalan saya. Orang kampung ke tempat kejadian sebab mereka kenal saya dan cuba untuk membantu saya, jadi dakwaan saya memanggil mereka untuk memukul pemuda itu adalah salah,” katanya.
Mengulas mengenai insiden itu, Zainol Din berkata, ketika itu dia bersama isteri serta cucunya dalam perjalanan ke rumah besannya di Putrajaya dan Ampang untuk berhari raya dan ketika sedang menaiki jambatan, dia terdengar jeritan seterusnya memberhentikan kereta.
“Sebagai orang tua, saya ingat saya melanggar dia atau dia melanggar kereta saya jadi saya berhenti. Saya tidak pasti apa yang dijeritkan pemuda itu. Saya cuma nampak dia patah balik dan terus terajang saya,” katanya.
Pada Ahad lalu, satu rakaman menunjukkan seorang lelaki sedang memukul warga emas tular di media sosial dan susulan kejadian itu, lelaki berkenaan ditahan pihak polis untuk tindakan lanjut.-HM
‘Saya Dah Tua, Malu Saya Dengan Tuhan Kalau Buat Provokasi Itu’ [VIDEO]
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]
- Saifuddin Nasution dijangka ‘tapau’ Rafizi dalam pemilihan PKR
- Pelakon didakwa anak pendakwah berpelukan, bercium? [VIDEO]
- Selepas 20 tahun, Wanita Ini Baru Tahu Dirinya Adalah Lelaki [VIDEO]
- Pemilihan UMNO bakal dijalankan jika ROS tolak pindaan
- Wanita Nekad Serang Perempuan Simpanan Suami Di Jalan Raya [VIDEO]
- Tak ada sebab RoS tolak pindaan Perlembagaan UMNO – Najib
- Dunia di ambang krisis makanan
- Polis guna handphone disaman
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
- 2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?