Lelaki maut ditembak depan restoran

Mangsa yang ditembak rebah berhampiran MPV miliknya.

GEORGE TOWN: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak jauh dalam kejadian di persimpangan trafik, Taman Intan, Sungai Petani, Kedah, tengahari ini.

Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengahari ketika mangsa berusia 36 tahun berjalan ke arah kenderaan Toyota Vellfire miliknya sebelum didatangi empat lelaki menaiki dua motosikal.

“Isteri dan anak lelakinya hanya mampu melihat dan menjerit ketika mereka berada di laluan kaki lima restoran berkenaan ketika kejadian,” kata sumber polis kepada FMT.

Pengunjung restoran yang menyaksikan kejadian itu melihat motosikal berkenaan datang dari lorong belakang sebelum menyerang hendap mangsa, dengan salah seorang penyerang menembak lelaki itu berulang kali di kepala.

Lelaki bersenjata itu dikatakan memakai sarung tangan dan turut memakai sesuatu di mukanya.

Pasukan forensik kemudian menemui lapan kelongsong peluru di tapak tersebut.

Ketua Polis Kedah Wan Hassan Wan Ahmad berkata mangsa dikehendaki polis kerana disyaki terlibat dalam kegiatan jenayah terancang dan aktiviti berkaitan dadah, dengan satu kes sedang berjalan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Wan Hassan memberitahu FMT bahawa kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker